Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembangkang kerugian jika pilihan raya diadakan ketika wabak COVID-19: Pengamat

Pilihan Raya Umum yang akan datang adalah lain daripada yang lain kerana parti-parti politik dijangka menggunakan wadah online untuk menyampaikan mesej mereka berbanding mengadakan rapat terbuka, menurut para penganalis pada Jumaat (13 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang kerugian jika pilihan raya diadakan ketika wabak COVID-19: Pengamat

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 14 Mar 2020 03:09PM Dikemas Kini : 14 Mar 2020 03:24PM

SINGAPURA: Pilihan Raya Umum yang akan datang adalah lain daripada yang lain kerana parti-parti politik dijangka menggunakan wadah online untuk menyampaikan mesej mereka berbanding mengadakan rapat terbuka, menurut para penganalis pada Jumaat (13 Mac).

Bagaimanapun sekiranya pilihan raya diadakan di tengah-tengah usaha memerangi COVID-19, ia akan mencetuskan kontroversi dan boleh meletakkan pihak pembangkang di kedudukan yang amat merugikan menurut para penganalisis kepada Mediacorp.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Khamis dalam satu perutusan yang dirakam bahawa penularan itu mungkin "berterusan - setahun, dan mungkin lebih lama".

Kini para pengamat sedang menjangkakan pilihan raya akan datang, yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "pilihan raya Covid", akan diadakan pada separuh pertama tahun ini, mungkin seawal bulan depan.

Ini menyusuli laporan Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC) pada Jumaat (13 Mac).

Sedang Pilihan Raya Umum mesti diadakan menjelang April tahun depan, profesor undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU) Eugene Tan menyifatkan keputusan yang mungkin dibuat untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah penularan COVID-19 adalah satu perkara yang "berkontroversi".

Waktu pilihan raya itu diadakan, serta kemungkinan sekatan dilakukan terhadap perhimpunan beramai-ramai untuk menghadiri rapat-rapat politik, juga menyebabkan pihak pembangkang berada dalam kedudukan kurang baik, menurut para penganalisis.

Selain itu, Parti Tindakan Rakyat yang sedang menangani penularan COVID-19, sudah menerima pujian dari seluruh dunia, sekali gus membantu mereka meningkatkan sokongan di kalangan para pengundi, menurut Profesor Madya Bilveer Singh, seorang profesor sains politik di Universiti Nasional Singapura.

PILIHAN RAYA DIGITAL

Pilihan Raya Umum akan datang akan memulakan trend baru, dengan parti-parti berkempen secara online apabila langkah penjarakan sosial dilaksanakan, setelah Pemerintah mengumumkan pada Jumaat bahawa acara bertiket yang melibatkan sekurang-kurangnya 250 peserta semana mungkin ditangguhkan atau dibatalkan.

Apabila ditanya mengenai bagaimana ia akan menjejas rapat pilihan raya semasa sidang media yang diadakan sebelum laporan EBRC dikeluarkan, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata bahawa para penganjur akan perlu mengambil "langkah-langkah wajar" sedang mereka mempertimbangkan skala acara mereka.

Tidak merujuk secara langsung kepada rapat pilihan raya, beliau berkata bahawa para penganjur acara boleh membahagikan para penonton kepada beberapa bilik bagi memastikan para peserta dipisahkan dan ucapan boleh ditonton menerusi penstriman video.

Menurut para penganalisis, komen Encik Wong mungkin memberi bayangan bahawa langkah-langkah tersebut akan digunakan di rapat terbuka dalam Pilihan Raya Umum kelak.

Selain itu, lebih banyak perbahasan melalui siaran televisyen, podcast politik dan penstriman langsung di saluran media sosial boleh dijangkakan.

PIHAK PEMBANGKANG KERUGIAN

Para penganalisis bersetuju bahawa tidak kira apa juga bentuk Pilihan Raya Umum akan datang, penggunaan teknologi secara amnya kurang baik untuk pihak pembangkang.

Pertama, parti pembangkang berdepan kos logistik yang besar kerana mereka perlu menempah beberapa tempat dan melaksanakan pemeriksaan suhu badan, menurut pakar politik Woo Jun Jie.

Jika mereka sebaliknya mengambil keputusan untuk mengadakan rapat pilihan raya ia mungkin "meletakkan mereka dalam situasi politik panas" dan mungkin menimpakan kos politik ke atas parti, terutamanya sekiranya seseorang yang menghadirinya dijangkiti virus tersebut di salah satu rapat yang diadakan.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan