Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembaharuan pucuk kepimpinan penting bagi pastikan keutuhan institusi, kata Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob mengulas mengenai perubahan pada pucuk kepimpinan dua badan Melayu/Islam, MUIS dan Yayasan MENDAKI hari ini (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2020 07:46PM Dikemas Kini : 10 Jan 2020 12:03AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengulas mengenai perubahan pada pucuk kepimpinan dua badan Melayu/Islam, MUIS dan Yayasan MENDAKI hari ini (9 Jan).

Beliau berkata langkah itu adalah penting bagi memastikan agar institusi-institusi tersebut kekal kukuh dan berupaya memenuhi keperluan masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Beliau menulis demikian dalam catatan di Facebooknya setelah MUIS dan MENDAKI hari ini mengumumkan perubahan pucuk kepimpinan masing-masing.

Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram akan melepaskan jawatannya bermula 1 Mac ini dan akan diambil alih oleh Dr Nazirudin Mohd Nasir, yang kini bertugas sebagai timbalan Mufti.

Sementara itu, Cik Zuraidah Abdullah pula dilantik CEO MENDAKI dan bakal mengambil alih tugas daripada Cik Rahayu Buang selaku CEO Yayasan MENDAKI bermula 1 April 2020.

Dalam catatannya Presiden Halimah Yacob mengucapkan terima kasih kepada Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, atas sumbangan dan bimbingan beliau kepada masyarakat Muslim di sini sepanjang sembilan tahun yang lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Cik Rahayu Buang atas dedikasi dan sumbangannya kepada masyarakat sepanjang beliau menyandang jawatan sebagai CEO MENDAKI.

Presiden Halimah berkata, beliau yakin bahawa Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Cik Zuraidah Abdullah masing-masing akan meneruskan usaha baik MUIS dan MENDAKI, serta memberi inspirasi kepada orang ramai supaya membangunkan sebuah masyarakat yang lebih bersatu padu di Singapura.

Para pemimpin masyarakat, katanya, memainkan peranan penting dalam menggalak kedamaian dan perpaduan sosial dalam masyarakat dengan membina keyakinan sosial.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan