Pembaharuan perumahan bagi generasi masa depan antara keprihatinan utama belia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha pembaharuan perumahan secara kerap untuk generasi akan datang merupakan keprihatinan utama yang disuarakan sekitar 100 belia dalam satu dialog siang tadi (8 Okt).
Berucap di sesi itu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee memberi jaminan bahawa pihak pemerintah akan terus membantu golongan muda Singapura dalam soal perumahan, termasuk di tengah-tengah langkah meredakan pasaran hartanah baru-baru ini.
"Kami komited untuk campur tangan dan melakukan apa yang perlu demi memastikan pasaran perumahan kekal stabil, serta perumahan awam yang boleh dimampui rakyat Singapura. Kami akan melakukannya dengan tegas tapi kami harus melakukannya dengan berhati-hati kerana masa depan ekonomi sejagat tidak menentu. Laluannya penuh dengan liku-liku, di samping persekitaran kadar faedah yang jauh lebih tinggi," kata Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.
Dialog tersebut merupakan yang ketiga daripada tujuh dialog anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC).
Para peserta dijemput untuk meluahkan pandangan mereka mengenai masa depan landskap perumahan di Singapura.
Sebilangan peserta bertanyakan tentang soal kemampuan dan masa menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO).
Ada juga yang mengutarakan tentang peri perlunya perumahan awam kekal inklusif.
"Dialog ini menyentuh tentang rumah bagi setiap peringkat kehidupan anda. Tapi saya juga mahu menambah tentang rumah bagi setiap peringkat dan setiap keperluan dalam hidup anda, kerana saya rasa orang yang berbeza yang melalui fasa yang sama mempunyai keperluan yang berbeza," kata Encik Mohamad Arshad.
"Cara pemerintah memenuhi keperluan berbeza orang berbeza dalam fasa kehidupan yang sama, adalah sangat penting," tambah beliau.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.