Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pematuhan keselamatan lebih diutamakan semasa menilai komander unit SAF

Pematuhan keselamatan akan diberi lebih keutamaan semasa menilai prestasi unit komander Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan budaya keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pematuhan keselamatan lebih diutamakan semasa menilai komander unit SAF

Gambar fail para askar. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 11:59PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 12:04AM

SINGAPURA: Pematuhan keselamatan akan diberi lebih keutamaan semasa menilai prestasi unit komander Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan budaya keselamatan.

"Proses penilaian prestasi para komander akan memberi lebih tumpuan kepada pematuhan keselamatan sambil memastikan budaya melaporkan bagi keselamatan yang sihat dan terbuka," kata ketua jabatan tenaga manusia bersama SAF, Kolonel (COL) Goh Si Mien hari ini (22 Feb) semasa memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Para komander unit yang gagal mematuhi prosedur dan proses keselamatan akan didakwa di bahawa sistem kehakiman tentera. Mereka juga mungkin didenda dari segi bonus, kenaikan gaji dan/atau kenaikan pangkat."

Langkah ini diumumkan selepas Menteri Pertahanan Ng Eng Hen mendedahkan pada 11 Februari semasa kenyataan menteri di Parlimen bahawa para komander unit yang didapati melakukan kesalahan keselamatan akan didenda semasa penilaian prestasi masing-masing, meskipun jika tiada kemalangan berlaku.

Empat askar SAF meninggal dunia sejak September 2017 semasa menjalani latihan.

COL Goh berkata langkah terbaru itu adalah sebahagian daripada 'usaha berterusan' SAF bagi membangunkan budaya keselamatan yang kukuh serta memperkukuhkan pematuhan.

"Para komander dinilai berdasarkan pelbagai faktor, termasuk kesediaan unitnya, piawaian keselamatan unit dan pematuhan para askar terhadap prosedur dan proses keselamatan," tambahnya.

Selain aspek keselamatan, COL Goh mengatakan bahawa para komander juga bertanggungjawab atas latihan, kebajikan dan disiplin para anggotanya.

"Para ibu bapa mengamanahkan anak-anak mereka kepada SAF bagi mempersiapkan dan melatih mereka untuk mempertahankan Singapura," katanya. "Ini merupakan tanggungjawab berat yang kami tidak pandang secara ringan."

Pada Jumaat (22 Feb), Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan bahawa Brigadier Jeneral (BG) Tan Chee Wee dilantik sebagai Ketua Inspektor pertama SAF. Ini bermakna beliau akan menerajui Pejabat Ketua Inspektor (IGO).

IGO ditubuhkan menyusuli kematian yang berlaku semasa latihan Perkhidmatan Negara baru-baru ini, bagi memastikan aspek keselamatan menjadi tumpuan dalam semua unit SAF.

BG Tan berikrar untuk memastikan agar para askar dan komander bekerjasama untuk memastikan tiada kematian berlaku semasa latihan sedang mereka menjalankan latihan secara realistik.

"Kami akan terus mempertingkat sistem keselamatan kami dan memastikan agar proses-proses yang dilaksanakan berkesan dan kukuh sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menanam budaya keselamatan yang kukuh dalam SAF," kata COL Goh.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan