Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemasangan unit generasi seterusnya ERP ditunda hingga 2023

Unit Dipasang Dalam Kenderaan (OBU) bagi sistem baru Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) ditangguhkan disebabkan oleh kekurangan mikrocip.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemasangan unit generasi seterusnya ERP ditunda hingga 2023

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 06:10PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 06:11PM

SINGAPURA: Unit Dipasang Dalam Kenderaan (OBU) bagi sistem baru Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) ditangguhkan disebabkan oleh kekurangan mikrocip.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (17 Nov).

Unit baru itu sepatutnya dipasang pada kenderaan-kenderaan mulai hujung 2020. Ia ditangguhkan hingga ke hujung 2021 setelah pandemik COVID-19 menjejas rantaian bekalan global. Pemasangannya kini akan dimulakan pada separuh kedua 2023.

Unit-unit baru itu akan digunakan apabila Singapura beralih ke sistem generasi baru ERP yang menyokong teknologi Sistem Satelit Navigasi Global.

Di bawah sistem baru ERP itu, para pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran mengikut jarak dan bukan sistem berdasarkan gantri sekarang ini, yang sudahpun berusia lebih 20 tahun.

"Pandemik COVID-19 melonjakkan permintaan sejagat bagi mikrocip namun pada masa yang sama menjejas pengilangannya, menyusuli operasi-operasi yang digantung di kilang-kilang utama semikonduktor di beberapa negara," menurut LTA dalam satu kenyataan bersama dengan NCS dan Mitsubishi Heavy Industries Asia Pacific, yang membangunkan sistem baru ERP.

"Ini sangat menjejas pengilangan peralatan elektronik dalam beberapa sektor, dari elektronik pengguna hingga ke mesin-mesin perindustrian dan automotif."

Pengilangan unit-unit yang dipasang dalam kenderaan itu turut terjejas, menurut LTA.

Bahagian-bahagiannya diperolehi daripada pelbagai pembekal dan segelintir daripada mereka sudah memaklumkan bahawa pihak mereka tidak dapat memenuhi jadual penghantaran yang ditetapkan bagi komponen-komponen penting.

Kekurangan mikrocip dijangka berlarutan sepanjang tahun depan, menurut LTA lagi, sambil menambah pengilangan dijangka pulih secara bertahap-tahap antara hujung 2022 dengan pertengahan 2023.

"Keutamaan kami adalah untuk memastikan proses pemasangan OBU - apabila ia dimulakan - perlu berjalan lancar bagi para pengguna jalan raya, jadi kami tidak mahu memulakannya dan kemudian terhenti," kata CEO LTA, Ng Lang.

"Atas sebab ini, kami memutuskan untuk tidak tergesa-gesa, sebaliknya menunggu seketika sehingga keadaan bekalan cip sejagat stabil...kami mungkin tidak akan memulakan proses pemasangan OBU sehingga separuh kedua 2023."

Encik Ng berkata LTA sedang bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mencari huraian bagi cabaran-cabaran pengilangan yang disebabkan oleh pandemik.

Beliau memberi jaminan kepada para pengguna jalan raya dan industri kenderaan bermotor bahawa "tempoh notis secukupnya" akan diberikan sebelum proses pemasangan dimulakan.

Selain menyediakan maklumat tentang lokasi caj ERP dan kadarnya, OBU baru itu akan memberikan maklumat tambahan seperti kemas kini masa nyata bagi keadaan trafik serta lokasi zon sekolah danZon Warga Emas berhampiran, menurut LTA sebelum ini.

Unit pertama akan dipasang percuma bagi kenderaan sedia ada yang berdaftar di Singapura.

Menurut LTA, ia akan terus memantau kesan pandemik ke atas garis masa pemasangan tersebut. Sistem ERP sedia ada akan terus beroperasi sehingga sistem baru itu dilaksanakan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan