Pemasangan OBU ERP 2.0 ditunda bagi kereta baharu Tesla; butirannya sedang dimuktamad
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Pemasangan sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) yang menggunakan teknologi satelit, atau dikenali sebagai ERP 2.0, dalam kenderaan baharu, tertunda bagi kereta-kereta Tesla.
Semua kenderaan berdaftar dari 1 Mei seharusnya dilengkapi dengan unit dalam kenderaan (OBU) ERP 2.0 dan bukan lagi unit di dalam kenderaan (IU) bagi sistem lama ERP.
"Kami masih lagi memuktamadkan butiran pemasangan teknikal bagi kenderaan Tesla dengan Tesla Singapore," menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (16 Mei).
Penguasa itu menambah bahawa pemasangan unit-unit ERP 2.0 bagi kereta-kereta baharu Tesla akan dilakukan pada "tarikh lebih lewat".
Pemasangan bagi semua kenderaan baharu lain, termasuk kenderaan elektrik keluaran jenama lain, sedang mencatat kemajuan seperti yang dirancangkan, menurut penguasa itu lagi.
LTA memulakan pemasangan unit-unit ERP 2.0 pada Ogos tahun lalu dengan sekumpulan pemandu.
Ia diperluaskan kepada kenderaan-kenderaan syarikat pada November, sebelum diperkenalkan juga buat motosikal sedia ada dan kereta baharu pada Mei tahun ini.
Lebih 18,000 kenderaan sudah dipasang dengan unit berkenaan, setakat awal Mei.
Semasa Mediacorp mengunjungi bilik pameran Tesla di Toa Payoh, kakitangan syarikat itu mengesahkan bahawa kereta-kereta Tesla yang baharu tidak dilengkapi dengan unit ERP 2.0, tetapi sebaliknya IU lama.
Para pembeli kereta Tesla yang dihubungi Mediacorp juga berkongsi bahawa mereka berharap unit ERP 2.0 dapat dipasang terlebih dahulu dalam kereta masing-masing.
Namun mereka tidak diberikan pilihan dan hanya mendapat tahu OBU tidak dipasang semasa mengambil kereta yang dibeli.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.