Pemansuhan 377A: Anggota Parlimen mesti terus jadi 'suara masyarakat', kata Pink Dot
Anggaran Waktu Membaca:

Acara Pink Dot pada 2019. (Gambar: Pink Dot/Facebook, yan.dao.kia/Instagram)
SINGAPURA: Setelah undang-undang yang menetapkan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah -diwarisi sejak dari zaman pemerintahan British - dimansuhkan pada Selasa (29 Nov), kumpulan advokasi Pink Dot SG menggesa para anggota parlimen agar "terus menjadi suara" bagi masyarakat LGBTQ+.
Pada Selasa, Parlimen Singapura memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah. Pindaan perlembagaan untuk melindungi takrifan perkahwinan, iaitu sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita, daripada dicabar di mahkamah juga diluluskan.
Dalam satu kenyataan, Pink Dot menyeru para Anggota Parlimen (AP) untuk bertindak berhubung "topik-topik penting" seperti pendidikan, keselamatan perumahan dan kesihatan mental selain isu-isu asas lain yang menjejas kehidupan seharian masyarakat LGBTQ+.
Semasa perbahasan yang berlangsung selama dua hari berhubung kedua-dua Rang Undang-undang tersebut, hampir 40 AP bangkit untuk berucap. Segelintir daripada mereka menyuarakan kebimbangan mengenai struktur dan nilai-nilai keluarga yang tradisional serta dasar-dasar sosial.

Pink Dot mengetengahkan beberapa isu tersebut dan menamakan beberapa AP yang menyentuh mengenai mereka.
Kumpulan tersebut menukil Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling yang menarik perhatian kepada kecenderungan belia LGBTQ+ untuk hidup gelandangan, "yang mana kehidupan mereka seringkali dirumitkan dengan tekanan mental, kemiskinan dan pengangguran," nyata Pink Dot.
"(Kami berharap) untuk melihat para penggubal undang-undang mengambil langkah konkrit dalam menangani perkara ini di samping pelbagai ketidaksamarataan lain yang dihadapi oleh masyarakat itu," menurut kumpulan itu.
Isu mengenai sistem pendidikan lebih inklusif, yang dibangkitkan oleh beberapa AP termasuk Darryl David, Henry Kwek, Louis Ng dan Tan Yia Swam, juga diutarakan dalam kenyataan dari Pink Dot.
Dalam sistem pendidikan sedemikian, sekolah-sekolah akan "menjalankan pendidikan seks yang bersifat inklusif dan berlandaskan sains serta membantu para pelajar untuk meneroka identiti mereka dalam sebuah persekitaran yang selamat," menurut kumpulan advokasi itu.
"PERJALANAN YANG PANJANG" BAGI KEBANYAKAN AP
Semasa perbahasan di Parlimen, Pink Dot menyatakan bahawa para AP "menyentuh tentang topik-topik yang dekat di hati masyarakat LGBTQ+ di Singapura". Misalnya, akses kepada perumahan dan jagaan kesihatan mental.
"Malangnya, beberapa ucapan mengandungi kandungan perbincangan yang sering digunakan oleh kumpulan sayap kanan di Barat," katanya.
Ucapan sedemikian sering mengaitkan masyarakat LGBTQ+ dengan "nilai kekeluargaan" dan "kebebasan beragama", dengan naratif "digunakan untuk mewajarkan diskriminasi berterusan terhadap masyarakat LGBTQ+ dalam lapangan-lapangan menjangkaui 377A".
"Kebanyakan kenyataan ini menggambarkan kebenaran yang malang - bahawa walaupun AP kita sudah mengubah pemikiran mereka berhubung 377A sejak 2007, ramai yang masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam mendidik diri mereka sendiri mengenai masyarakat tersebut," jelas kumpulan tersebut.
Pink Dot bagaimanapun tidak menamakan para AP yang dimaksudkan itu.
"Sebagai pemimpin politik yang dihormati, ia mesti dijangkakan bahawa perbahasan awam mengenai isu-isu LGBTQ+ memerlukan mereka untuk berunding dengan golongan LGBTQ+ dan menjalankan penyelidikan yang bermakna," tambahnya.
"Lebih penting lagi, mereka mesti dapat membezakan antara pengalaman hidup masyarakat dan retorik menakutkan yang lebih berasaskan fiksyen daripada fakta."
Pink Dot menyatakan golongan LGBTQ+ sudahpun "mencapai kemajuan dalam mendidik orang awam mengenai masyarakat LGBTQ+ dan isu-isunya" sejak Seksyen 377A pertama kali dibahaskan di Parlimen pada tahun 2007.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.