Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemangku PM Lawrence Wong bakal bertemu Anthony Albanese di SG bagi Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin ke-8

Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku PM Lawrence Wong bakal bertemu Anthony Albanese di SG bagi Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin ke-8

Gambar fail: REUTERS/Lukas Coch

Diterbitkan : 01 Jun 2023 10:46PM Dikemas Kini : 01 Jun 2023 10:47PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Australia akan melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Singapura dari 1 Jun sehingga 3 Jun.

Semasa lawatan tersebut,Pemangku Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengadakan pertemuan dengan Encik Albanese.

Encik Albanese akan berada di Singapura bagi Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin Singapura-Australiayang ke-8.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Khamis (1 Jun).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Encik Albanese bertemu pada Oktober 2022 di Canberra, di mana kedua-dua negara memeterai Perjanjian Ekonomi Hijau Singapura-Australia.

PM Lee mendedahkan di laman Facebook bahawa beliau sekali lagi diuji positif COVID-19 disebabkan "COVID rebound" atau kembali terjangkit COVID-19 dalam tempoh singkat.

PM Lee, yang berusia 71 tahun, menambah bahawa beliau masih boleh menjangkiti orang lain tetapi risikonya tidak tinggi berbanding jangkitan pertama. Para doktor PM Lee juga menasihatinya supaya mengasingkan diri sehingga beliau diuji negatif bagi ujian antigen pantas (ART).

PM Lee akan mengambil masa untuk pulih di kediamannya, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada tengah hari Khamis.
Semasa ketiadaan PM Lee, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri. Beliau akan menjadi tuan rumah kepada Encik Albanese bagi Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia yang ke-8 pada Jumaat (2 Jun).

Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin tersebut adalah sebahagian daripada Kerjasama Strategik Menyeluruh Singapura-Australia, yang ditubuhkan pada 2015.

Mesyuarat tersebut merupakan platform utama bagi kedua-dua perdana menteri tersebut untuk membincangkan kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di rantau ini serta antarabangsa, menurut MFA dalam satu kenyataan media.

Encik Albanese akan disambut dengan upacara istiadat di Istana pada Jumaat. Beliau kemudian akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob sebelum mengadakan Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin bersama Encik Wong.

Encik Wong juga akan menjadi tuan rumah bagi jamuan tengah hari.

MFA menambah bahawa hibrid baru bunga orkid juga akan dinamakan sempena nama Encik Albanese sebagai penghormatan kepadanya.

Beliau akan turut menyampaikan ucap tama semasa Dialog Shangri-La bagi edisi ke-20, yang dianjurkan Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS).
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan