Pemandu yang tidur di persimpangan Marina Bay antara 12 orang didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang tertidur semasa menunggu lampu trafik bertukar hijau adalah di antara 12 orang yang ditangkap antara Februari hingga Jun lalu atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.
Polis berkata dalam satu kenyataan pada Rabu (26 Jul) bahawa pemandu berusia antara 23 hingga 51 tahun itu, gagal ujian alat pernafasan semasa pemeriksaan rutin polis, dan akan didakwa pada Khamis (27 Jul) atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Dua daripada mereka menghadapi tuduhan tambahan bagi kesalahan jalan raya yang lain.
Dalam satu kes, seorang lelaki 35 tahun didakwa tertidur di tempat duduk pemandu dalam kereta yang tidak bergerak di persimpangan lampu isyarat antara Bayfront Avenue dengan Marina Boulevard pada 13 Mei.
"Siasatan menunjukkan bahawa dia sedang memandu ke rumah selepas minum arak dan tertidur ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau," kata pihak polis.
Dalam satu kes berasingan pada 5 Februari, seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kenderaan yang tidak bergerak, dan berada di arah bertentangan.
Dia kemudian didapati telah memandu di bawah pengaruh arak dan akan didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan memandu dengan berbahaya, kata polis.
Polis berkata memandu di bawah pengaruh arak adalah perbuatan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
“Semua pemandu kenderaan diingatkan supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan jalan raya selamat untuk semua orang," tambahnya.
Kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman keras boleh dihukum penjara 12 bulan, denda tidak kurang S$2,000 dan tidak melebihi S$10,000 atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$5,000 dan tidak melebihi S$20,000. Mereka juga mungkin hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.