Pemandu Uber Eats disiasat atas dakwaan curi kiriman bungkusan
Seorang pemandu khidmat penghantaran makanan Uber Eats sedang disiasat atas dakwaan mencuri kiriman bungkusan milik seorang penduduk kondominium.

Petikan rakaman CCTV yang tersebar online menunjukkan seorang lelaki memasuki lif dengan bungkusan putih tersembunyi di bawah lengannya. (Gambar: STOMP)
SINGAPURA: Seorang pemandu khidmat penghantaran makanan Uber Eats sedang disiasat atas dakwaan mencuri kiriman bungkusan milik seorang penduduk kondominium.
Kejadian berlaku di kondominium Dunearn Suites di Dunearn Road. Polis mengesahkan ia menerima laporan mengenai kecurian itu pada Selasa (20 Feb).
Rakaman CCTV yang tersebar online menunjukkan seorang lelaki berkemeja-T kelabu merayau-rayau di koridor berdekatan lif. Dia kemudian memasuki lif dengan bungkusan putih tersembunyi di bawah lengan kanannya.
Menurut jurucakap Uber Eats, kejadian ini "tidak dapat diterima" dan perbuatannya melanggar garis panduan masyarakat syarikat tersebut.
"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan bersedia untuk memberi sokongan kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata jurucakap itu.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.