Pemandu treler dihukum penjara kerana terlibat nahas maut dengan pengayuh basikal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemandu treler dihukum penjara 24 minggu kerana terbabit dalam nahas maut di Tampines, melibatkan seorang wanita yang sedang berbasikal untuk melintas persimpangan.
Pengayuh bas itu berbuat demikian semasa lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau.
Kenderaan terbabit terlanggar wanita berusia 64 tahun itu ketika dia cuba mengelak, sekali gus menghimpit dan meragut nyawa wanita itu.
Pemandu itu, Mazli Wahab, 45 tahun, mengaku bersalah pada Khamis (5 Feb) atas tuduhan memandu treler tanpa berhati-hati, sehingga menyebabkan kematian wanita itu.
Warga Malaysia itu juga dilarang memandu sebarang jenis kenderaan bermotor mahupun mendapatkan sebarang lesen memandu selama lapan tahun.
KES
Mahkamah diberitahu bahawa Mazli memandu sebuah trak sepanjang 5 meter yang mempunyai treler sepanjang 12.2 meter yang dipasang di belakang.
Sekitar pukul 5.30 pagi, pada 3 Januari tahun lalu, Mazli memandu treler tersebut dari Johor Bahru ke Singapura untuk menghantar konkrit pasang siap ke Tampines Street 11.
Sementara itu, mangsa Cik Lim Kim Huay sedang mengayuh basikalnya di lintasan pejalan kaki di Tampines Street 11.
Menurut seorang saksi, Cik Lim mula berbasikal hanya selepas lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.
Apabila Mazli sampai di persimpangan, lampu isyarat juga berwarna hijau dan juga berpihak kepadanya, namun Cik Lim mempunyai hak laluan.
Dia membelok ke kiri ke Tampines Street 11 dan gagal memerhati dengan betul laluan di hadapan.
Dia tidak melihat Cik Lim berbasikal melintasi jalan di hadapannya dari kiri ke kanan.
Bahagian kanan hadapan treler melanggar wanita itu, yang jatuh lalu digilis.
Dua saksi melihat apa yang berlaku lalu bergegas ke arah treler itu, sambil berteriak dan mengetuk pintu pemandu untuk meminta Mazli berhenti memandu.
Dia memberhentikan treler itu sebelum mengundurkannya sedikit atas permintaan mereka kerana Cik Lim terperangkap di bawah salah satu roda.
Salah seorang saksi memerhatikan bahawa Cik Lim dalam keadaan sedar tetapi cedera parah.
Beliau kemudian tidak sedarkan diri sebelum paramedik tiba dan tidak dapat diselamatkan.
Menurut saksi, Cik Lim cuba mengelak treler itu tetapi tidak berjaya.
Pendakwa raya menuntut hukuman penjara lima hingga tujuh bulan untuk Mazli, dan hilang kelayakan memandu minimum mandatori selama lapan tahun.
Beliau berkata bahawa hukuman di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya diperketat pada 2019 untuk "pencegahan yang lebih tegas terhadap pemanduan yang tidak bertanggungjawab" dan untuk "menjadikan jalan raya kita lebih selamat".
Walaupun tiada bukti memandu laju, pendakwa raya berkata Mazli sepatutnya lebih berhati-hati kerana dia memandu kenderaan berat yang boleh menyebabkan lebih banyak kecederaan dalam kemalangan.
"Tertuduh gagal melihat si mati, yang berada betul-betul di hadapannya, apabila dia melanggarnya," kata pendakwa raya.
"Ini menunjukkan bahawa dia sangat cuai, dan kemalangan itu boleh dielakkan dengan mudah, jika dia sentiasa berwaspada."
Atas sebab memandu tanpa berhati-hati dan perhatian yang sewajarnya sehingga menyebabkan kematian, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.