Pemandu treler cedera parah selepas kenderaannya terbalik di Tuas
Seorang lelaki cedera parah selepas treler simen yang dipandunya terbalik selepas merempuh tembok penghadang di Tuas Crescent hari ini (30 Nov).
Gambar sebuah treler yang terbalik di Tuas. (Gambar: Facebook/Don Zulfadzlil)
SINGAPURA: Seorang lelaki cedera parah selepas treler simen yang dipandunya terbalik selepas merempuh tembok penghadang di Tuas Crescent hari ini (30 Nov).
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) nahas berlaku sekitar 4.40 pagi.
Pemandu berusia dalam lingkungan 50-an tahun itu, terperangkap di tempat duduknya dan para anggota SCDF terpaksa menggunakan alat hidraulik untuk membebaskannya.
Pemandu itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Menurut kiriman Twitter sekitar 2.40 petang, SBS Transit menyatakan khidmat bas 247 dilencongkan dari kawasan tersebut sementara treler yang terbalik di pindahkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.