Pemandu trak diberkas susulan kematian penunggang motosikal dalam nahas 7 kenderaan di Sungei Kadut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Rakib Md)
SINGAPURA: Seorang pemandu trak diberkas selepas seorang penunggang motosikal maut pada Sabtu (16 Dis) dalam satu kemalangan melibatkan empat lori, dua trak dan sebuah motosikal.
Pada kira-kira 12.05 tengah hari pada Sabtu, khidmat kecemasan menerima laporan tentang kemalangan tersebut di simpang Woodlands Road dan Mandai Estate di Sungei Kadut.
Anggota bomba menemui satu individu terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah trak, manakala penunggang motosikal 28 tahun itu ditemui di bawah satu lagi lori.
Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Para penyelamat menggunakan alat hidraulik untuk membebaskan kedua-dua individu. Penunggang motosikal itu disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.
Empat lagi individu, termasuk satu yang terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah lori, dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat di Yishun dalam keadaan sedarkan diri.
Seorang pemandu trak 54 tahun diberkas kerana memandu dengan cuai, dedah polis.
Ia menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.