Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi yang curi baucar pasar Belanjawan dipenjara 5 hari

Mendapati dirinya dalam kesulitan kewangan dan ingin "menanggung isterinya yang hamil", seorang pemandu teksi mencuri 30 baucar barangan dapur yang diletakkan dalam peti surat terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi yang curi baucar pasar Belanjawan dipenjara 5 hari

Gambar fail baucar barangan Belanjawan 2020. (Gambar: Facebook/SPF)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 08:23PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 08:31PM

SINGAPURA: Mendapati dirinya dalam kesulitan kewangan dan ingin "menanggung isterinya yang hamil", seorang pemandu teksi mencuri 30 baucar barangan dapur yang diletakkan dalam peti surat terbuka.

R Morhan, 54 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima hari pada Khamis (4 Mac) selepas mengaku bersalah ke atas satu tuduhan mencuri. Tuduhan kedua diambil kira dalam penghakimannya itu.

Mahkamah diberitahu bahawa pada Oktober tahun lalu Mohan mendapati beberapa peti surat di kolong blok di Blok 1 Holland Close tidak dikunci.

Dia mengambil keputusan untuk "mencuba nasib" dengan melihat sama ada terdapat barang-barang berharga yang boleh diambil. Mohan terjumpa dua set baucar barangan dapur bernilai S$10 bagi setiap baucar dan mencurinya. Setiap set mengandungi 15 keping baucar.

30 baucar barangan dapur itu yang bernilai S$300 semuanya, diagihkan oleh pemerintah sebagai sebahagian daripada habuan Belanjawan 2020. Ia ditujukan kepada rakyat Singapura dari golongan memerlukan demi menolong mereka menanggung pembelanjaan seharian semasa pandemik.

Mohan menggunakan 23 baucar tersebut untuk membeli barangan dapur dan runcit dari pasar raya. Pada 7 Okt 2020, salah seorang mangsa memeriksa peti suratnya tetapi tidak dapat menemui baucar-baucar miliknya.

Dia menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas Fei Yue. Seorang pekerja kemudian memberitahu mangsa berkenaan bahawa lapan baucarnya sudah pun ditebus. Dia akhirnya membuat laporan polis mengenai baucar-baucarnya yang hilang itu.

Apabila Mohan dikenal pasti sebagai pelakunya, dia mengaku atas kesalahan-kesalahan itu dan berkata bahawa dia mencuri baucar-baucar itu kerana menghadapi kesulitan kewangan.

Menurutnya, dia sudah pun menebus 15 baucar miliknya sendiri, "tetapi mencuri baucar orang lain kerana dia perlu menanggung isterinya yang hamil".

Dia juga mendakwa bahawa dia tidak boleh bekerja dalam tempoh waktu yang panjang kerana keadaan kesihatannya. Dia kemudian menggantikan sepenuhnya nilai S$230 kepada mangsa-mangsanya. Lagi tujuh baucar yang belum digunakan turut dipulangkan.

Mohan merupakan orang terkini dihukum kerana mencuri baucar barangan dapur.

Sebelum ini seorang lelaki dipenjara tujuh hari bulan lalu kerana mencuri baucar-baucar dari peti surat yang tidak dikunci. Seorang lagi lelaki dihukum penjara empat minggu pada Januari kerana mencuri baucar-baucar, menggunakan sebahagian daripadanya membeli barangan dapur dan membakar yang lain sebagai pemberian kepada isterinya yang sudah meninggal dunia.

Sumber : CNA/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan