Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi, pekerja penghantaran antara golongan layak terima baucar S$250 jika cedera di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Dec 2023 07:02PM Dikemas Kini : 07 Dec 2023 12:31AM
SINGAPURA: Mulai tahun hadapan, para pekerja penghantaran yang merupakan anggota kesatuan sekerja, akan mendapat sokongan bantuan sekiranya mereka cedera di tempat kerja.

Ini apabila satu skim baharu yang dilancarkan NTUC, juga memberi perlindungan kepada para pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.

Sekitar 30,000 pekerja sedemikian layak mendapat perlindungan tersebut.

Buat masa ini, tiada skim bantuan kewangan yang didirikan buat golongan tersebut jika mereka mengalami kecederaan di tempat kerja.

Mereka juga tidak dilindungi di bawah akta Pampasan Kecederaan Tempat Kerja, di mana mereka tidak boleh membuat tuntutan perbelanjaan perubatan.

Namun, mulai tahun hadapan, satu program baharu akan mengatasi isu tersebut.

Program itu layak diterima oleh pekerja di bawah Persatuan bagi Menyokong Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA),dan Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA).

Dinamakan sebagai Dana Penjagaan NTUC, para pekerja boleh membuat permohonan bagi baucar NTUC bernilai S$250 jika mereka diberi cuti sakit selama lima hari atau lebih akibat kecederaan di tempat kerja.

NTUC menyatakan, ini akan dapat membantu menangani kos sara hidup selepas kejadian itu berlaku, sebelum pembayaran insurans diberi.

Encik Ng Chee Meng, Setiausaha Agung NTUC berkata: "Jumlah ini mungkin tidak banyak - $250. Tetapi ia benar-benar boleh membantu untuk tempoh dua minggu bagi menyara anggota kami dan keluarga mereka.

"Kami berharap dana penjagaan boleh diberi dalam tiga hari, tidak lebih daripada tiga hari untuk mengeluarkan dana penjagaan ini kepada anggota kami supaya mereka dapat mengharungi keadaan sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan di tempat kerja," tambahnya.

Sebanyak S$120,000 disalurkan kepada skim itu setakat ini dan jumlah tersebut mampu membantu sehingga 480 pekerja.

NTUC akan mengkaji semula program itu pada pertengahan tahun hadapan.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan