Pemandu teksi, kereta sewa privet perlu disokong meski mata pencarian kini lebih baik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Amy Khor)
SINGAPURA: Para pemandu teksi dan kereta sewa privet menyaksikan lonjakan pada perniagaan mereka dengan ketibaan lebih ramai pelancong ke Singapura.
Namun beberapa isu terus menjadi keprihatinan.
Bercakap di majlis penghargaan, Penasihat bagi Persatuan Teksi Kebangsaan dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet, Cik Yeo Wan Ling berkata kedua-dua persatuan itu akan terus bekerjasama dengan para pemandu untuk memberikan sokongan yang diperlukan.
"Kami berharap para pemandu kami akan mendapat mata pencarian yang lebih baik serta bangkit semula. Namun, dalam hal ini juga, terdapat beberapa keprihatinan tentang bagaimana, anda tahu lebih ramai pelancong yang datang ke Singapura boleh menjejas mereka dari segi kesihatan," ujar Cik Yeo.
Dalam pada itu, Cik Yeo mengingati orang ramai untuk memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan para pemandu.
Cik Yeo turut berada di Lapangan Terbang Changi untuk mengagihkan beg-beg hadiah kepada para pemandu teksi dan kereta sewa privet, di samping para kakitangan lapangan terbang sebagai penghargaan kerana telah menyediakan perkhidmatan penting semasa musim perayaan.
Beliau ditemani Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Pengangkutan, Dr Amy Khor.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.