Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi, kereta sewa privet bakal diberi peraturan baharu bagi pertingkat sistem pengangkutan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemandu teksi dan kereta sewa privet dijangka akan diberi set peraturan baharu yang diperkemas.

Mereka juga akan menjalani latihan bagi mampu melayani pelanggan dengan lebih baik lagi, seperti belajar bagaimana untuk membantu pengguna kerusi roda.

Kesemua cadangan tersebut dibuat dalam satu sesi semakan dengan para pemain industri dalam usaha mempertingkat sistem bagi penumpang dan juga pemandu.

Antara yang hadir dalam sesi itu ialah Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor.

Dalam catatan di Facebok, beliau berkongsi bahawa ada beberapa isu yang dibincangkan.

Ini termasuk meningkatkan ketersediaan kereta atau teksi sepanjang hari, dan menjadi lebih inklusif, dengan menjaga keperluan penumpang seperti pengguna kerusi roda dan keluarga muda.

Dalam pada itu, Penguasa Tanah Singapura (SLA) akan terus mendekati pemandu, penumpang dan pakar akademik bagi semakan menyeluruh.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan