Pemandu teksi dipenjara, bawa penumpang semasa pandemik meski ada gejala COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Unsplash)
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang ada gejala COVID-19 dan pergi ke doktor pada 2020, enggan melakukan ujian swab dan melanggar perintah untuk duduk di rumah untuk lima hari.
Sebaliknya, dia keluar setiap hari untuk membawa penumpang.
Ho Kieh Lueh, 66 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu pada Rabu (2 Nov) atas kesalahannya.
Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan kerana mendedahkan orang lain kepada risiko dijangkiti COVID-19.
Tiga lagi tuduhan lain turut diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Ho pergi ke klinik pada 20 Julai 2020 dengan gejala seperti sakit tekak dan kahak.
Doktor kemudian mengesahkannya menghidap jangkitan pernafasan akut dan memberinya sijil cuti sakit selama lima hari. Dia juga diberitahu jangan keluar rumah semasa tempoh tersebut.
Namun, Ho enggan menerima sijil cuti sakit itu daripada pembantu klinik dan bertengkar dengannya.
Dia juga mengabaikan arahan doktor untuk menjalani ujian saringan.
Hingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ho positif COVID-19 ketika itu kerana dia tidak menjalani ujian saringan.
Dalam rayuannya, Ho meminta hukuman lebih ringan kerana sudah tua dan ada dua anak di universiti.
Hakim Daerah, Luke Tan memberitahu Ho bahawa dia pergi berjumpa dengan doktor kerana sakit namun tidak mengendahkan arahan doktor, malah bertengkar dengan pembantu klinik itu.
Ho boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.