Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi dipenjara 11 bulan kerana cabul penumpang remaja lelaki

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semasa membawa seorang penumpang remaja ke destinasinya pada dinihari, seorang pemandu teksi meraba dan menyentuh budak lelaki berusia 14 tahun itu beberapa kali walaupun remaja itu berulang kali menolak tindakannya itu.

Ong Tong Chye, 62 tahun, dijatuhi hukuman penjara 11 bulan selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan orang lain.

Menurut dokumen mahkamah, mangsa dan seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun menjalin "hubungan romantik" ketika itu.

Pada sekitar 1.04 pagi, 28 Jan 2021, Ong menerima tempahan yang dibuat remaja kedua itu melalui aplikasi sewa kereta privet.

Dia menjemput pasangan itu dari Westgate Mall di Jurong East.

Ketika memandu, ketiga-tiga mereka berbual sebelum salah seorang remaja itu turun terlebih dahulu.

Apabila bersendirian di dalam teksi, Ong dan mangsa terus berbual dan mula bercakap mengenai topik berkaitan homoseksual.

Beberapa ketika kemudian, Ong menghentikan teksinya dan meminta mangsa beralih ke tempat duduk penumpang di depan. Mangsa berbuat sedemikian.

Ong kemudian berkata dia mahu menyentuh tangan mangsa tetapi budak itu menolak permintaannya.

Tanpa mempedulikannya, Ong mula mengusap tangan kanan mangsa sambil memandu.

Meskipun mangsa menolak dan mengatakan 'tidak', Ong tidak mengendahkannya malah berkata dia mahu menyentuh puting dada mangsa.

Ong juga mencabulnya sekali lagi, dengan menyentuh bahagian sulit budak tersebut.

Dia melakukan semua itu semasa memandu, menurut dokumen mahkamah.

Apabila teksi itu akhirnya tiba di destinasi kedua, mangsa menjerit mahu pulang ke rumah dan memberikan nombor telefon palsu supaya dia dapat turun dari teksi.

Hanya selepas itu baru Ong membenarkan mangsa keluar dari teksinya.

Pada hari yang sama, mangsa memberitahu gurunya mengenai kejadian itu dan dia dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ong boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Sumber : Today/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan