Pemandu teksi didenda S$2,500 suluh laser ke arah pemandu bas dekat Changi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar-gambar dari dokumen mahkamah yang menunjukkan kamera CCTV pada bas, dan lampu memancar dari teksi.
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi menyuluhkan lampu laser ke arah sebuah bas ulang-alik, yang sedang membawa penumpang dari beberapa terminal di Lapangan Terbang Changi, sekali gus menyebabkan penglihatan pemandu bas itu kabur.
Atas tindakannya itu, Huzairi Hamzah, 51 tahun, didenda S$2,500 oleh sebuah mahkamah pada Isnin (28 Jul) atas tuduhan melakukan tindakan terburu-buru sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Mahkamah diberitahu bahawa pemandu bas itu, seorang lelaki rakyat Singapura berusia 32 tahun, sedang memandu mengikut laluan biasanya pada 28 Ogos 2024.
Beliau sedang memandu di Airport Boulevard pada kira-kira pukul 9.50 malam pada hari itu sambil membawa kira-kira 30 penumpang bas.
Beliau memberi isyarat kepada pemandu lain untuk menukar ke lorong paling kiri di Airport Boulevard pada kira-kira pukul 9.55 malam.
Beliau melihat teksi yang dipandu oleh tertuduh berada di lorong paling kiri, dengan jarak antara teksi dengan bas itu agak jauh.
Pemandu bas itu kemudian menukar laluan ke lorong paling kiri.
Namun Huzairi bertindak memandu ke bahagian belakang sebelah kanan bas tersebut.
Sedang dia mengekori bas tersebut, Huzairi memancarkan cahaya laser ke arah bahagian kanan bas itu selama dua hingga tiga saat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakam perbuatan Huzairi menyuluhkan lampu laser itu ke arah bas tersebut.
Lampu laser itu terkena cermin kanan bas dan terpantul pada mata pemandu bas itu menyebabkan penglihatannya kabur.
Memandangkan terdapat penumpang dalam bas tersebut, pemandu bas itu tidak mengendahkan Huzairi dan teruskan memandu ke Terminal 4.
Huzairi kemudian meninggalkan kawasan itu dan pemandu bas tersebut melaporkan kepada penyelianya tentang kejadian yang berlaku dan beliau dinasihatkan supaya membuat aduan polis.
Tiada kecederaan dialami dalam kejadian itu.
Pihak pendakwa memohon denda S$2,500 sambil berhujah Huzairi sengaja menyuluh lampu laser itu, walaupun dia tahu terdapat risiko sebenar lampu laser itu mungkin menjejas tumpuan mangsa.
Atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan, dia boleh didenda sehingga S$2,500, dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.