Pemandu teksi didenda pukul rakan kerja sehingga patah tulang

SINGAPURA: Selepas bertengkar dengan seorang lagi pemandu teksi berhubung satu pertikaian lalu lintas, Lee Chee Kiong menumbuk lelaki yang lebih tua itu, menyebabkannya patah tulang selangka.
Lee, 53 tahun, didenda S$4,000 pada Jumaat (11 Feb) selepas mengaku bersalah mengganggu ketenteraman awam ketika bergaduh dengan Lim Cher Boo di tempat awam tahun lalu.
Tuduhan ke atasnya ditukar daripada sengaja menyebabkan kecederaan kepada menyebabkan kecederaan parah.
Satu lagi tuduhan melakukan perbuatan nakal dengan memukul cermin kanan teksi SMRT Lim turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Lim, 68 tahun, sebelum ini didenda S$1,200 atas peranannya dalam kejadian itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.