Skip to main content

Singapura

Pemandu teksi didakwa, tolak pemandu sehingga terjatuh ke dalam longkang semasa bertikai di PIE

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi didakwa, tolak pemandu sehingga terjatuh ke dalam longkang semasa bertikai di PIE

Tangkapan skrin daripada Google Maps menunjukkan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi akan didakwa di mahkamah pada Selasa (23 Jan) kerana menolak seorang pemandu semasa berlakunya pertikaian di PIE, menyebabkan pemandu tersebut terjatuh ke dalam longkang.

Lelaki berusia 53 tahun itu akan didakwa kerana disyaki terlibat dalam kes tindakan terburu-buru menyebabkan kecederaan, menurut polis dalam satu kenyataan pada Isnin.

Insiden berkenaan berlaku pada 25 Sep tahun lalu. Polis menyatakan bahawa pihaknya telah dihubungi untuk menangani kes tersebut pada kira-kira 5.15 pagi di Lorong 1 Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), ke arah Changi, berhampiran susur keluar Stevens Road.

Siasatan mendedahkan bahawa seorang lelaki berusia 59 tahun yang sedang memandu sebuah kereta, telah merempuh teksi di belakang kereta itu.

Pertikaian pun tercetus, di mana pemandu teksi itu dipercayai menolak pemandu kereta terbabit, menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang, nyata polis.

Pemandu kereta tersebut mengalami beberapa kesan melecet pada badannya dan dikejarkan ke hospital.

Menurut satu laporan polis oleh akhbar The Staits Times, lelaki tersebut merupakan pemandu CityCab.

Mediacorp sudahpun menghubungi ComfortDelGro, yang memiliki CityCab, untuk mendapat maklumat lanjut.

Jika didapati bersalah, lelaki tersebut boleh dipenjara sehingga setahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita