Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi didakwa sebabkan kematian mahasiswa NUS

Seorang pemandu teksi didakwa pada Jumaat (11 Jan) kerana menyebabkan kematian penumpangnya, Cik Kathy Ong, seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi didakwa sebabkan kematian mahasiswa NUS

Cik Kathy Ong (kanan) meninggal dunia dalam kemalangan di Clementi (Gambar: Facebook, Keluarga Kathy Ong)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 12:26PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 12:28PM

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi didakwa pada Jumaat (11 Jan) kerana menyebabkan kematian penumpangnya, Cik Kathy Ong, seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS).

Yap Kok Hua, 55 tahun, dituduh melakukan perbuatan cuai tanpa niat membunuh, yang membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun dan didenda.

Yap didakwa gagal memberi laluan kepada sebuah lagi kereta ketika membelok kanan ke Clementi Road pada 19 April tahun lalu.

Menurut kertas pertuduhan, kereta tersebut sedang bergerak lurus.

Penumpang dalam teksi Premier yang dipandu Yap, Kathy Ong, 19 tahun, tercampak keluar tingkap dari tempat duduk belakang dan meninggal dunia akibat kemalangan itu.

Mendiang adalah seorang mahasiswa jurusan Pengajian Sekitaran dan menunjukkan minat dalam bidang biodiversiti.

Tiga lagi mahasiswa NUS dalam teksi itu cedera dan dibawa ke hospital. Yap dan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu juga dibawa ke hospital.

Selepas kemalangan itu, ibu mangsa memberitahu Mediacorp bahawa anak perempuannya seorang yang baik dan sangat menyayangi keluarganya.

Ayah mangsa juga memberitahu bahawa sebelum kematiannya, mendiang menulis catatan di Facebook tentang bagaimana mendiang bayangkan upacara persemadiannya akan diadakan.

Yap akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi bulan depan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan