Pemandu teksi didakwa cabul remaja 17 tahun ketika hantarnya secara percuma
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang dituduh mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selepas menawarkan untuk menghantarnya secara percuma didakwa di mahkamah pada Isnin (30 Okt) atas tiga pertuduhan pencabulan.
Ler Chun Poh, 43 tahun, mencabul mangsa sebanyak tiga kali semasa menolongnya memakai dan menanggalkan tali pinggang keledar. Ini pertolongan yang tidak diminta.
Dia disabit kesalahan dan hakim berkata beliau menerima keterangan mangsa dan mendapati pihak pendakwaan membuktikan kesnya.
Hakim menolak penafian Ler dan mendapati bahawa dia seorang "saksi yang tidak jujur, mengelak dan tidak bekerjasama".
Mahkamah diberitahu bahawa Ler, yang juga dikenali sebagai Lu Junbao, terserempak dengan mangsa ketika dia seorang diri, sebelum jam 11.40 malam pada 29 Oktober 2021.
Mangsa berada di sebuah perhentian bas di hadapan tempat letak kereta berhampiran Blok 486 Choa Chu Kang Avenue 5.
Remaja itu sedang mencari sebuah kereta BlueSG yang dipandu oleh teman lelakinya sebelum itu kerana khuatir sudah meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kereta tersebut.
Ler melihat mangsa dan menghentikan teksinya. Dia menawarkan untuk menghantar mangsa secara percuma, walaupun mengetahui bahawa mangsa tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran.
Pada waktu itu, mangsa berasa risau kerana tidak dapat menemui telefon bimbitnya. Dia tidak menahan teksi itu, tetapi apabila Ler bertegas ingin menghantarnya secara percuma, dia menaiki teksi itu.
Dia duduk di kerusi penumpang di bahagian hadapan, yang sering dilakukannya ketika menaiki teksi dengan keluarganya.
Dia meminta nombor telefon Ler supaya ibunya boleh membayar tambang teksi itu, tetapi Ler menolak.
Mangsa menerangkan dalam pembicaraan bahawa satu bunyi kedengaran dari teksi Ler, menandakan bahawa dia tidak memakai tali pinggang keledar.
Apabila dia mula memakai tali pinggang keledar, Ler menghulurkan tangan untuk membantu. Menurut mangsa, tangan Ler menggosok bahagian dadanya, dengan tekanan yang "tidak ringan".
Ler tidak memberi sebarang amaran bahawa dia akan memegang tali pinggang keledar itu atau bahawa dia akan menghulurkan tangan ke arahnya, kata mangsa.
Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, dia tidak bersuara.
Sebaik sahaja tiba di tempat letak kereta yang berhampiran, remaja itu turun dari teksi untuk mencari kereta sewa BlueSG tersebut. Ler terus menunggu di dalam teksinya.
Apabila gagal menemui telefon bimbitnya, mangsa kembali ke teksi dan Ler menawarkan untuk menghantarnya pulang.
Mangsa menolak, tetapi Ler bertegas ingin menghantarnya ke kawasan yang berdekatan. Tiada orang lain di sekelilingnya, katanya.
Akhirnya, dia kembali ke teksi itu, tetapi berasa tidak sedap hati. Mangsa berkata "fikirannya dalam keadaan tidak stabil" dan hanya memikirkan keinginan untuk mencari telefon bimbitnya.
Dia mula memakai tali pinggang keledarnya, walaupun tiada bunyi peringatan kali ini, dan Ler sekali lagi menghulurkan tangannya.
Ler mencabul mangsa sekali lagi ketika membantu memakaikan tali pinggan keledar mangsa, tanpa memberi amaran.
Remaja itu berasa terkejut sekali lagi. Setibanya di lokasi, mangsa mula menanggalkan tali pinggang keledarnya, dan Ler sekali lagi menghulurkan tangannya dan mencabul mangsa ketika menolong menanggalkan tali pinggang keledar.
Mangsa turun dari teksi dengan pantas dan mengucapkan terima kasih sebelum mendekati sekumpulan orang tidak dikenali untuk meminjam telefon.
Mangsa menghubungi teman lelakinya dan menuju ke satu tempat letak kereta bagi kereta sewa BlueSG untuk menunggunya.
Mangsa kemudian menelefon polis dan memberitahu teman lelakinya bahawa dia dicabul oleh seorang pemandu teksi.
LER MEMPERTAHANKAN DIRI
Ler menafikan tuduhan itu. Dia mendakwa bahawa mangsa menaiki teksinya atas kerelaan sendiri dan berkata kemungkinan besar ia adalah "kebetulan" dan bukan perbuatan yang sengaja.
Dia juga bertanya kepada mangsa: "Mengapa anda tidak pernah melakukan apa-apa untuk menghalang..diri anda daripadanya (dicabul), daripada disentuh."
Hakim Daerah Soh Tze Bian berkata beliau "menolak sama sekali" keterangan Ler.
Ler akan kembali dihadapkan ke mahkamah untuk mengemukakan rayuan dan dijatuhkan hukuman bulan depan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.