Pemandu teksi diberkas; tutup tingkap kenderaan sehingga tersepit lengan polis trafik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberkas seorang pemandu teksi lelaki berusia 69 tahun pada Ahad (9 Okt) selepas beliau didakwa menutup tingkap kenderaannya sehingga lengan seorang Polis Trafik (TP) tersepit dan terus memandu. Ini menyebabkan pegawai TP itu diheret di jalan raya.
Pegawai itu sedang membuat rondaan di Holland Road pada tengah hari Ahad (9 Okt) apabila beliau mendapati seorang pemandu teksi dikatakan sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Demikian menurut SPF dalam satu kenyataan media pada Rabu (12 Okt).
Beliau kemudian memberikan isyarat kepada pemandu tersebut supaya berhenti memandu namun dia tidak mengendahkan perintah dan terus memandu.
"Pegawai TP itu kemudian mengekorinya dan berjaya menghentikan pemandu teksi itu di sekitar Farrer Road," menurut SPF.
"Semasa bersemuka dengan pemandu 69 tahun itu, pemandu berkenaan enggan bekerjasama dan tidak mahu memberikan butiran peribadinya.
"Dengan firasat bahawa pemandu teksi itu akan terus memandu, pegawai TP berkenaan menjangkau tangannya (ke dalam teksi tersebut) untuk menekan butang mematikan enjin. Bagaimanapun, pemandu itu dipercayai menutup tingkap (teksi) dan memandu sebelum pegawai tersebut dapat mengeluarkan tangannya (daripada kenderaan itu)."
Pegawai yang berusia 34 tahun itu kemudian diheret "beberapa meter" di atas jalan raya sebelum pemandu teksi menurunkan tingkap, tambah SPF.
Pemandu itu kemudian diberkas kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan menghalang seorang penjawat awam daripada melakukan tugasnya.
Siasatan polis masih dijalankan.
Mereka yang didapati sengaja menyebabkan kecederaan dan menghalang seorang penjawat awam daripada melakukan tugasnya boleh dipenjara sehingga tujuh tahun serta denda atau dikenakan sebatan rotan.
Namun, kerana pemandu teksi itu berumur 50 tahun dan ke atas dia tidak boleh dirotan.
Atas kesalahan menggunakan telefon bimbit sambil memandu, dia boleh didenda sehingga S$1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Polis juga memberi peringatan kepada para pemandu supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan trafik.

Sumber : CNA/FA/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.