Pemandu teksi dapat pampasan bagi waktu diluangkan pasang unit ERP 2.0 baharu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Para pengendali teksi akan cuba mengurangkan masa untuk memasang Unit Dalam Kenderaan (OBU) bagi sistem baharu Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP).
Para pemandu juga akan diberikan pampasan bagi masa yang diperuntukkan untuk memasang OBU, kata Menteri Negara Pengangkutan Dr Amy Khor pada Rabu (7 Feb).
Beliau memberi respons kepada soalan di parlimen dikemukakan oleh Anggota Parlimen (AP) Yeo Wan Ling (PAP-Pasir Ris-Punggol) mengenai penggunaan sistem ERP 2.0 bagi para pemandu teksi dan kereta sewa privet.
Cik Yeo adalah penasihat kepada Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Kebangsaan.
"Para pengendali teksi sudah bersetuju untuk memberi pampasan kepada para pemandu teksi bagi waktu yang diperuntukkan untuk memasang OBU, dalam bentuk rebat sewa," kata Dr Khor.
Pemasangan OBU bermula pada 1 November tahun lalu, yang dimulakan dengan kenderaan syarikat seperti bas, kenderaan muatan dan teksi.
Untuk mengurangkan waktu yang diluangkan pada pemasangan, beberapa pengendali teksi merancang untuk menjadualkan pemasangan OBU ketika teksi diselenggarakan. Ini supaya para pemandu tidak perlu meninggalkan teksi mereka di bengkel pada dua waktu berbeza.
Pengendali lain merancang untuk memanggil teksi bagi pemasangan OBU ketika bengkel mempunyai lebih banyak masa, supaya waktu menunggu dikurangkan.
Dr Khor berkata unit ERP 2.0 akan dipasang pada kenderaan sewa privet pada tarikh kemudian.
Kenderaaan lain akan dipasang OBU secara berperingkat pada suku pertama tahun ini, dimulakan dengan kenderaan baharu. Bagi kenderaan sedia ada, pemasangan OBU dijadualkan secara berkumpulan berdasarkan usia kenderaan.
Penunggang motosikal diberi tempoh dua bulan untuk memasang OBU secara percuma.
Latihan tersebut dijangka selesai pada penghujung 2025, dedah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum ini.
Pemasangan OBU ditangguhkan disebabkan kekurangan bekalan mikrocip global ketika pandemik COVID-19.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.