Pemandu teksi dalam nahas ragut nyawa siswa NUS mengaku bersalah
Seorang pemandu teksi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Kathy Ong, mengaku bersalah, pada Rabu (17 Jul).
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Kathy Ong, mengaku bersalah, pada Rabu (17 Jul).
Yap Kok Hua, 55 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan cuai tetapi tidak berniat membunuh.
Dia juga dikenakan tuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada tiga lagi penumpang.
Dua lagi tuduhan juga diambil pertimbangan.
Yap sedang membawa empat mahasiswa itu dalam teksinya dari Clementi Mall pada 19 April tahun lalu apabila nahas tersebut berlaku sekitar 7.30 malam.
Mahasiswa NUS Kathy Ong meninggal dunia selepas teksi yang dipandu Yap dirempuh kereta dari arah yang bertentangan setelah membuat belokan kanan, meskipun isyarat lampu hijau untuk membelok tidak dinyalakan.
Mahkamah diberitahu, pemandu teksi itu tidak memastikan semua penumpang di tempat duduk belakang kereta memakai tali pinggang keledar.
Cik Ong, yang duduk di sebelah kiri tempat duduk belakang teksi berkenaan tercampak keluar akibat kesan perlanggaran tersebut
Timbalan Pendakwa Raya, Timotheus Koh, meminta agar penjara sekurang-kurangnya lapan minggu dan larangan memandu selama lima tahun dikenakan, dan meyifatkan kes itu "serius dengan akibat yang besar".
Beliau juga berkata Yap mempunyai rekod memandu yang buruk, melakukan kesalahan lalu lintas berulang kali selama 24 tahun dari 1992 hingga 2016, tetapi tetap "mengambil sikap acuh tak acuh berhubung keselamatan di jalan raya".
Hakim Daerah, Victor Yeo menangguhkan hukuman kepada 2 Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.