Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi cuba tipu pasangan S'pura di Bangkok; ancam dengan pisau

Seorang pemandu teksi di Bangkok dipercayai cuba menipu pasangan warga Singapura akan tambangnya. Malah pada satu ketika, dia mengeluarkan sebilah pisau untuk cuba menakut-nakutkan pasangan tersebut yang melakukan perjalanan ke ibu kota Thailand itu untuk menghadiri majlis perkahwinan teman mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi cuba tipu pasangan S'pura di Bangkok; ancam dengan pisau

Cik Naomi Tan berkata pemandu teksi yang membawanya ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok "bertukar menjadi agresif" apabila beliau memberikannya nota wang 1,000 baht bagi tambang 600 baht, yang ditetapkan tanpa mengikut meter teksi. (Gambar: naomitanny/TikTok)

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi di Bangkok dipercayai cuba menipu pasangan warga Singapura akan tambangnya. Malah pada satu ketika, dia mengeluarkan sebilah pisau untuk cuba menakut-nakutkan pasangan tersebut yang melakukan perjalanan ke ibu kota Thailand itu untuk menghadiri majlis perkahwinan teman mereka. 

Bercakap kepada Mediacorp, Cik Naomi Tan, 30 tahun, berkata:

"Kami sangat terkejut. Baru sejenak yang lalu, saya bertanggapan bahawa ia amat selamat di sini," Cik Naomi Tan, 30 tahun, memberitahu Mediacorp.

Wanita itu merakamkan dan menerbitkan sebuah video insiden tersebut di TikTok dan ia sudahpun menjadi tular. 

Cik Tan, yang bertugas di sebuah bank, berkata insiden itu berlaku pada Isnin (11 Jul) apabila beliau dan suaminya sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi untuk menaiki pesawat pulang ke tanah air, dengan penerbangan mereka dijadualkan berangkat pada jam 8.20 pagi. 

Pasangan itu menginap di Hotel Movenpick Sukhumvit 15 Bangkok dan anggota kakitangan di sana menawarkan untuk membantu mereka menahan sebuah teksi di kaki lima. 

Suami isteri itu dan pemandu teksi tersebut bersetuju dengan tambang tetap sebanyak 400 baht (S$15) selepas pemandu berkenaan berkeras tidak mahu menggunakan meter teksi bagi menentukan harga tambang. 

Setibanya di lapangan terbang, Cik Tan menghulurkan nota wang 1,000 baht kerana beliau tidak mempunyai duit kecil tetapi pemandu tersebut enggan mengembalikan bakinya. 

Cik Tan berkata pemandu itu "bertukar menjadi agresif" sebaik sahaja wang kertas itu berada dalam genggamannya. Apabila pasangan itu mendesak beliau untuk mengembalikan baki mereka, pemandu tersebut mengeluarkan sebilah pisau yang terceruk dalam komparten di sisi pintu tempat duduk pemandu. 

Cik Tan menambah pisau itu kelihatan seperti dibalut dalam kertas tisu atau tuala. 

"Kami tidak menjangkakannya... Pada ketika itu, saya hanya bertindak mengikut situasi itu. Saya bahkan dapat melihat pisau tersebut dengan lebih dekat dan amat terkejut bahawa saya melakukan sedemikian masa itu," imbasnya. 

Hanya setelah pasangan itu menghampiri pengawal keselamatan lapangan terbang untuk meminta bantuan, pemandu teksi itu akhirnya mengalah dan memulangkan baki wang mereka. 

Memandangkan pasangan itu tiba awal bagi penerbangan mereka, mereka memutuskan untuk memfailkan aduan polis di sebuah balai polis yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang tersebut.

"Dia mengambil kesempatan atas hakikat bahawa orang ramai sedang kelam-kabut untuk pergi ke lapangan terbang dan tidak akan bertindak untuk menanganinya," kata Cik Tan.

Cik Tan menambah empat orang meninggalkan komen pada videonya, mendakwa bahawa perkara serupa berlaku pada mereka di Bangkok.

Seorang daripada mereka mendakwa mereka diperdaya oleh pemandu teksi yang sama. 

Cik Tan berkata beliau menerima satu emel daripda polis lapangan terbang tersebut pada Rabu, mengesahkan bahawa pihaknya sudahpun menghubungi pemandu teksi terbabit untuk menyoal siasatnya dan memeriksa lesen memandu serta rekod jenayahnya.

Polis kemudian membawa pemandu itu ke Balai Polis  Lapangan Terbang Suvarnabhumi agar dia boleh didakwa kerana membawa senjata di tempat awam. 

Pihak polis lapangan terbang juga menambah dalam emelnya bahawa ia sudahpun memaklumkan Jabatan Pengangkutan Darat Thailand berhubung insiden tersebut. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan