Pemandu SG boleh ambil tag VEP di Woodlands mulai 18 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selain mengambil sendiri tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di Johor Bahru atau menerimanya menerusi kiriman pos, para pemandu Singapura tidak lama lagi akan mempunyai pilihan ketiga untuk mengambil tag tersebut.
Tag VEP itu diperlukan oleh semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia dari Singapura bermula Oktober.
Dari 18 Sep, para pemandu Singapura boleh mengambil tag masing-masing dari kaunter maklumat VEP di Woodlands.
Mediacorp sudah melihat satu emel pengesahan janji temu dari TCSens yang bertarikh Selasa (3 Sep). Emel itu mengesahkan slot masa untuk mengambil tag berkenaan dari Pusat Pengambilan VEP di Woodlands pada 18 Sep.
TCSens adalah vendor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk menguruskan pertanyaan daripada para pemandu Singapura.
Mediacorp difahamkan bahawa Selasa (3 Sep) adalah hari pertama para pemandu boleh memilih Woodlands sebagai lokasi untuk mengambil tag VEP, sementara 18 Sep adalah tarikh paling awal untuk mengambil tag tersebut.
Kaunter maklumat VEP di Singapura terletak di tingkat tiga 186 Woodlands Industrial Park E5.
Mediacorp juga difahamkan bahawa para pemandu yang memilih untuk mengambil tag RFID dari Woodlands, lazimnya akan ditanya jika tag boleh dipasang pada cermin depan kenderaan.
Namun, jika cermin depan kenderaan pemandu didapati tidak sesuai, mereka akan menerima tag RFID yang perlu dipasang pada lampu depan.

Ini serupa dengan prosedur yang dilaporkan di pusat pengambilan VEP di Danga Bay di Johor Bahru.
Para pemandu yang membuat pilihan di mana tag RFID dihantar ke Singapura pula lazimnya menerima versi untuk dipasang pada lampu depan.
Bermula 1 Okt, para pemandu yang memasuki Malaysia tanpa tag VEP berdepan denda sehingga RM2,000 (S$600) atau hukuman penjara sehingga enam bulan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.