Pemandu SG alami cabaran dapatkan VEP Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
SINGAPURA: Encik William Khoo bimbang dalam beberapa bulan lagi, dia mungkin tidak dapat memandu keretanya yang didaftarkan di Singapura untuk ke Johor Bahru, di mana anaknya menetap bersama ibu bapanya.
Encik Khoo, yang berusia dalam lingkungan 40-an, menetap di Singapura dan bekerja dalam bidang perakaunan. Beliau biasanya memandu melintasi Koswe seminggu sekali untuk berjumpa dengan keluarganya.
Walau bagaimanapun, Encik Khoo memberitahu Medicaorp bahawa beliau berdepan masalah ketika mendaftarkan keretanya untuk mendapatkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).

Malangnya bagi Encik Khoo, ia tidak dapat menyelesaikan proses pendaftaran kerana keretanya sudah didaftar oleh pemilik sebelumnya.
Encik Khoo membeli kereta tersebut pada 2023 daripada seorang penjual kereta terpakai, dan tidak tahu bahawa pemilik sebelum ini tidak membatalkan pendaftaran dengan pihak berkuasa Malaysia.
Berikutan berita bahawa Malaysia akan menguatkuasakan VEP, ramai pemandu seperti Encik Khoo harus berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran.
Ramai pemandu seperti Encik Khoo mempunyai kereta yang sudah ada pendaftaran VEP oleh pemilik sebelumnya. Sebahagian yang lain mempunyai isu di mana VEP yang didaftar pada 2019 hampir luput, namun tiada pilihan untuk memperbaharuinya di portal.
Permohonan VEP perlu diperbaharui setiap lima tahun.
Terdapat segelintir yang berkata mereka tidak ingin memperbaharuinya kerana proses tersebut memerlukan pemandu menyerahkan dokumen sensitif seperti salinan kad identiti dan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), yang dianggap sebagai isu privasi.
Hampir kesemua pemandu tersebut memberitahu Mediacorp bahawa mereka sudah menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pelbagai platform termasuk emel serta media sosial, namun mereka belum mendapat sebarang respons.
Sekalipun demikian, seorang pegawai kanan mewakili TCSens, iaitu pembekal dipilih JPJ untuk membantu pemandu dengan pemasangan pelekat RFID dan menangani soalan mengenai VEP di Johor Bahru, memaklumkan kepada Mediacorp bahawa JPJ menerima "beribu permohonan" daripada pemandu Singapura yang berdepan masalah untuk mendaftar.
Pegawai tersebut menegaskan bahawa pasukannya dan JPJ yakin mereka dapat mengatasi isu-isu itu sebelum tarikh akhir iaitu pada 1 Oktober.
PEMANDU GAGAL SELESAIKAN MASALAH
Sejumlah pemandu warga Singapura mengambil keputusan untuk ke pejabat TCSens di Danga Bay, Johor Bahru, untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Seorang pemandu dikenali sebagai Encik Liow memberitahu Mediacorp bahawa proses pendaftaran itu "menyusahkan", kerana permohonannya di portal JPJ gagal.
Encik Liow mendakwa "sistem pendaftaran itu tidak berfungsi" dan beliau terpaksa ke pejabat TCSens untuk meminta bantuan.
VEP LINDUNGI SEMPADAN MALAYSIA: PENGANALISIS PENGANGKUTAN
Pegawai daripada TCSens memberitahu Mediacorp bahawa JPJ sanggup menawarkan penyelesaian bagi isu-isu yang dihadapi.
Beliau berkata bahawa bagi kes pemandu yang mempunyai pendaftaran VEP oleh pemilik sebelumnya, mereka perlu menghubungi pemandu asal untuk membatalkan pendaftaran.
Jika mereka gagal melakukan demikian, mereka perlu menghubungi JPJ melalui emel atau mana-mana platform media sosial jabatan tersebut untuk membatalkan VEP sedia ada, dengan menyerahkan dokumen yang diperlukan supaya mereka boleh memohon sekali lagi.
Pegawai tersebut berkata bahawa mereka yang ingin memperbaharui VEP yang akan luput tidak lama lagi akan menerima emel sebulan selepas tarikh luput dan mereka boleh memperbaharuinya dengan mengikut arahan di dalam emel.
Penganalisis industri automotif Malaysia Hezeri Samsuri memberitahu Mediacorp bahawa ia lebih baik jika pemandu pergi ke pejabat TCSens di Danga Bay, Johor Baharu, untuk menyelesaikan isu-isu yang dialami.
Ini kerana JPJ mungkin tidak dapat menangani jumlah emel dan panggilan telefon yang diterimanya.
Beliau menambah bahawa pemandu Singapura yang enggan mendaftar VEP kerana mereka harus menyerahkan salinin kad identiti dan COE, perlu tahu bahawa pemerintah Singapura juga memerlukan pemandu warga Malaysia menyerahkan dokumen serupa bagi VEP dan Kad Autopas.
"VEP adalah sebahagian daripada perancangan Malaysia untuk mengawasi jumlah kereta di negara ini bagi perancangan bandar dan juga untuk melindungi sempadan kami," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.