Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu SBSTransit meninggal dunia setelah bas rempuh pokok di luar depot Hougang

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu SBSTransit meninggal dunia setelah bas rempuh pokok di luar depot Hougang

(Gambar: Tangkapan skrin video SG Roads Accident/Facebook)

SINGAPURA: Seorang pemandu bas berusia 54 tahun ditemui sudah meninggal dunia pada pagi Ahad (9 Okt) setelah merempuh pokok di luar depot Hougang. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut sekitar pukul 2.40 pagi pada Ahad (9 Okt) di 4 Defu Avenue 1. 

"Satu orang yang ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah bas dikeluarkan oleh SCDF dan diisytiharkan meninggal dunia oleh seorang paramedik," tambah SCDF. 

Pemandu bas itu sedang memandu bas pekerja yang kosong itu ke depot Hougang pada pagi Ahad (9 Okt) apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan melanggar pokok di luar depot, kata Cik Grace Wu, Naib Presiden Pengalaman Pelanggan dan Perhubungan di SBSTransit semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

"Kami amat berdukacita dengan pemergiannya dan mengucapkan takziah seikhlas hati kepada keluarga mangsa. Kami sedang berhubung dengan mereka dalam tempoh yang amat sukar ini dan akan memberikan semua sokongan yang diperlukan," tambah Cik Wu. 

Dalam rakaman video yang tular online, cermin depan sebuah bas dilihat retak setelah merempuh sebatang pokok, dengan para pegawai SCDF berada di tempat kejadian. 

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan