Pemandu 'salah belok' ke Pusat Pemeriksaan Woodlands diberkas setelah dadah ditemui dalam keretanya
(Gambar: UKK BSI/Facebook)
SINGAPURA: Seorang pemandu yang berkata dia salah belok ke Pusat Pemeriksaan Woodlands diberkas setelah dadah dan pisau ditemui dalam keretanya.
Sebuah kereta berdaftar di Singapura memasuki lorong pelepasan imigresen di zon keberangkatan pada awal pagi 19 Mac, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan pada Sabtu (1 Apr).
"Seorang pemandu, lelaki warga Singapura berusia 49 tahun, memberitahu pegawai ICA bahawa dia salah belok dan tidak berniat untuk meninggalkan Singapura," menurut agensi tersebut.
"Pemandu itu dipercayai tidak membawa sebarang dokumen identiti diri yang sah atau dokumen perjalanan."
Dia disyaki memberikan identiti palsu yang terbongkar semasa pemeriksaan biometrik, menurut ICA.
Suspek ditemui dengan tiga pengewap elektronik atau vape dan pisau kabel semasa pemeriksaan dijalankan.
Tambah ICA, sekitar 332 gram Ice, 28 gram heroin dan perkakas dadah ditemui dalam kenderaan tersebut, selain tiga pisau dapur dan satu pengisi semula vape.
Dadah itu dianggarkan bernilai S$52,000.
Siasatan Biro Narkotik Pusat (CNB) diteruskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.