Pemandu, pusat jagaan pelajar gagal kesan murid hilang & terkurung 2 jam dalam bas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sebuah pusat jagaan pelajar dan seorang pemandu bas sekolah gagal mengesan seorang murid Darjah 1 selepas dia terlepas perhentiannya.
Ia menyebabkan pelajar itu 'terkurung' di dalam bus selama hampir dua jam.
Menerusi catatan Facebook Iris Law, iaitu ibu kepada murid berkenaan pada Selasa (7 Mac), beliau berkata anak perempuannya "ditinggalkan keseorangan, terkurung dan tidak dijaga di dalam bas sekolah selama dua jam tanpa sebarang makanan".
Anak perempuannya hanya ditemui apabila beliau mengetuk tingkap bas untuk mendapatkan perhatian orang awam.
Dalam catatannya, Cik Law menjelaskan bahawa insiden itu berlaku pada 2 Mac.
Dia berkata anaknya dibawa bas sekolah ke pusat jagaan PlayFACTO School, di Orchid Country Club, Yishun, pada pukul 1.45 petang.
Cik Law berkata pengendali bus menelefon pusat jagaan pelajar tersebut pada pukul 3.45 petang setelah menemui anak beliau di dalam bas. Pusat jagaan itu mengesahkan identiti kanak-kanak perempuan tersebut.
Sekitar pukul 3.56 petang, pengendali bus menelefon Cik Law untuk memaklumkan kepada Cik Law bahawa anak perempuannya tertinggal di dalam bas dan mereka dalam perjalanan pulang ke pusat jagaan pelajar.
Mereka tiba pada pukul 4.00 petang.
Cik Law berkata PlayFACTO School tidak menyedari kehilangan seorang kanak-kanak dan hanya menyedarikan setelah dimaklumkan oleh pengendali bas.
Cik Law menambah bahawa beliau hanya menerima panggilan daripada pengendali bas kerana sekolah "cuba mengelak daripada dipersalahkan".
Tiada maklumat jelas daripada pengendali bas itu dan insiden tersebut disampaikan secara tidak lengkap, jelas Cik Law dalam catatan Facebooknya.
Cik Law memberitahu Mediacorp bahawa beliau sudah mengeluarkan anak perempuannya daripada PlayFACTO School. Beliau menambah anaknya dalam keadaan baik selepas insiden itu.
Menjawab soalan Mediacorp, PlayFACTO School menyatakan dalam satu kenyataan pada malam Khamis (9 Mac), bahawa kanak-kanak perempuan itu tertidur di dalam bas sekolah.
Ia menambah bahawa kehadiran murid perempuan itu tidak diambil oleh guru atau pemandu bas yang gagal memeriksa bas sebelum pulang ke depot.
"Murid itu ditemui dengan segera dan dipulangkan ke rumah dengan selamat dan dalam keadaan baik. Kami sudah menguatkuasakan protokol lebih ketat bagi guru dan pengendali bas untuk mengelak insiden serupa berlaku lagi," menurut pusat jagaan pelajar itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.