Skip to main content

Singapura

Pemandu, penumpang dikejarkan ke hospital setelah kereta terbalik di Bukit Batok

Seorang pemandu berusia 66 tahun dan seorang penumpang dikejarkan ke hospital setelah kereta yang dinaiki terbalik di Bukit Batok pagi tadi (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu, penumpang dikejarkan ke hospital setelah kereta terbalik di Bukit Batok

Kereta terbalik di Bukit Batok pada 22 Dis. (Gambar-gambar: Wong Weng Koon)

Diterbitkan : 22 Dec 2017 05:14PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 05:16PM

SINGAPURA: Seorang pemandu berusia 66 tahun dan seorang penumpang dikejarkan ke hospital setelah kereta yang dinaiki terbalik di Bukit Batok pagi tadi (22 Dis).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta di persimpangan jalan Bukit Batok Street 23 dan Taman Perindustrian Bukit Batok pada pukul 11.10 pagi.

Pemandu dan penumpang berkenaan, iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedarkan diri. Siasatan Polis masih dijalankan.

Mediacorp difahamkan kereta tersebut merempuh bebendul jalan dan terbalik. Penumpang dan pemandu sebuah lagi kereta bagaimanapun tidak cedera.

Related article image
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita