Pemandu penghantaran dipenjara 15 bulan kerana buat ancaman bom palsu di ibu pejabat DBS
Seorang lelaki berusia 34 tahun dihukum penjara 15 bulan pada Khamis (28 Nov) kerana membuat ancaman bom palsu melibatkan ibu pejabat DBS pada Mei lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun dihukum penjara 15 bulan pada Khamis (28 Nov) kerana membuat ancaman bom palsu melibatkan ibu pejabat DBS pada Mei lalu.
Ang Cheng Shin, yang juga dinamakan Hong Zhenxun dalam dokumen mahkamah, mengaku bersalah atas satu tuduhan yang digabungkan kerana menyampaikan maklumat palsu mengenai suatu perkara yang berbahaya.
Satu lagi tuduhan yang digabungkan kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap pengendali khidmat pelanggan DBS diambil kira dalam menentukan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Ang, yang bekerja sebagai seorang pemandu penghantaran, mempunyai hutang kad kredit dengan DBS yang mencecah sekitar S$11,500 pada hujung 2023.
Ini selepas faedah terkumpul pada hutangnya iaitu sekitar S$650, yang ditanggungnya pada 2011.
Bayaran yang telah dibuat oleh Ang tidak cukup untuk melunaskan hutangnya.
Pada Disember 2023, Ang bersetuju untuk mengikuti pelan bayaran semula dengan DBS, namun dia gagal membuat sebarang bayaran antara Januari dengan Mei tahun ini.
DBS mengaktifkan sistem panggilan automatik yang akan menghubungi Ang sekali atau dua kali setiap beberapa hari, di mana panggilan itu akan dihubungkan kepada seorang pengendali khidmat pelanggan jika dia menjawab panggilan tersebut.
Pada 27 Mei lalu, sepanjang tempoh sekitar 10 minit dari pukul 1.44 tengah hari, Ang menjawab sembilan panggilan dari DBS menerusi sistem automatik.
Setiap kali dia menjawab, panggilan itu dihubungkan kepada seorang pengendali khidmat pelanggan yang berlainan di DBS Asia Hub.
Ang memberitahu setiap pengendali khidmat itu bahawa dia akan meletakkan bom di ibu pejabat DBS di Pusat Kewangan Marina Bay walaupun menyedari hal itu adalah palsu, kata Timbalan Pendakwa Raya Hidayat Amin.
Ini menyebabkan para pegawai itu berasa cemas dan sesetengah mereka memaklumkan perkara itu kepada pengurusan kanan DBS.
Seorang kakitangan bank melaporkan ancaman bom itu kepada polis pada sekitar pukul 2.10 petang.
Selepas itu, seramai 67 individu termasuk 19 pegawai polis dikerahkan untuk menangani apa yang sebenarnya satu ancaman bom palsu.
Polis mengesan nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi pengendali khidmat pelanggan dan menjejaki lokasi Ang di kawasan Paya Lebar dan Ubi, di mana dia sedang membuat penghantaran.
Sembilan pegawai polis dikerahkan ke tempat itu dan lagi dua pegawai dikerahkan ke rumah Ang.
Empat pegawai polis dikerahkan ke Pusat Kewangan Marina Bay untuk menjalankan pemeriksaan bagi kehadiran bom.
Ini termasuk memeriksa pasu bunga dan tong sampah.
DBS memaklumkan ibu pejabatnya, dan 12 kakitangan bank serta 20 pengawal keselamatan membantu pegawai polis dalam menjalankan pemeriksaan.
Di DBS Asia Hub di Taman Perniagaan Changi, 10 kakitangan bank dan enam pengawal keselamatan turut menjalankan pemeriksaan bagi kehadiran bom.
Apabila lokasi Ang dikesan di Pusat SingPost, lagi empat pegawai polis dikerahkan ke tempat itu untuk memberkasnya pada sekitar pukul 5.20 petang.
Encik Hidayat yang katakan pendakwaan bagi kesalahan itu jarang berlaku, memohon hukuman penjara selama 15 hingga 18 bulan bagi Ang.
Menurutnya, langkah pencegahan merupakan penimbangan utama dalam menentukan hukuman kerana ancaman bom palsu adalah berbahaya "di masa prospek pengganasan adalah benar dan berlaku secara berleluasa".
Ang yang tidak diwakili oleh peguam selepas permohonannya kepada Pejabat Pembela Awam gagal, memohon hukuman penjara selama tiga hingga empat bulan kerana dia perlu menyokong bapanya yang sudah lanjut usia.
Atas tuduhan gabungan kerana menyampaikan maklumat palsu mengenai perkara yang berbahaya, Ang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.