Pemandu maut setelah lori rempuh treler di Tuas South Avenue 3
Seorang pemandu lori jongket maut akibat kecederaan yang dialaminya pada Jumaat (28 Jun) setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler, kata polis.

Pemandu lori, 62 tahun,maut setelah merempuh treler di Tuas South Avenue 3. (Gambar: Singapore Road Accident.com/Facebook)
SINGAPURA: Seorang pemandu lori jongket maut akibat kecederaan yang dialaminya pada Jumaat (28 Jun) setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler, kata polis.
Para pegawai dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan kedua-dua kenderaan itu di Tuas South Avenue 3 pada jam 2.11 petang.
Pemandu lori berusia 62 tahun itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong di mana beliau "meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya," polis mengesahkan.
Siasatan masih lagi dijalankan.
Satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan trak tersebut merempuh treler itu dari belakang, menyebabkan treler itu menyimpang ke kanan dan terbalik di bahagian tepi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.