Skip to main content

Singapura

Pemandu maut dalam nahas 2 lori di Braddell Road

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu maut dalam nahas 2 lori di Braddell Road

Petikan gambar dari sebuah video yang menunjukkan dua lori terlibat dalam nahas di Braddell Road pada 27 Mei 2025. (Imej: Facebook/Singapore roads accident.com)

Diterbitkan : 27 May 2025 09:59PM Dikemas Kini : 27 May 2025 10:00PM
SINGAPURA: Kemalangan melibatkan dua lori di Braddell Road menghala ke Bartley pada Selasa (27 Mei) meragut nyawa seorang pemandu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selama berjam-jam di Jejambat Lornie.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihak mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar pukul 2.00 petang. Menurut polis, ia melibatkan dua buah lori.

“Pemandu lori, seorang lelaki berusia 36 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, di mana dia kemudian meninggal dunia,” kata polis.

"Seorang lagi pemandu lori berusia 59 tahun dan penumpang lelakinya berusia 48 tahun dihantar ke hospital dalam keadaan sedar. Siasatan polis sedang dijalankan."

Menurut SCDF, kemalangan itu berlaku di jalan raya sebelum Laluan Atas Bishan. Dua orang terperangkap di tempat duduk pemandu lori dan diselamatkan menggunakan peralatan hidraulik.

SCDF kemudian menghantar ketiga-tiga orang itu ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Pada pukul 2.21 petang, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam catatannya di X menyatakan bahawa Jejambat Lornie ditutup selepas Ekspreswe PIE akibat kemalangan di jejambat menuju ke Braddell.

Setakat pukul 7.27 malam, para pemandu kenderaan yang melalui tempat kejadian melaporkan jejambat itu masih ditutup dan kesesakan trafik masih dilihat di sana.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita