Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu mabuk dipenjara, denda, cuba sogok Polis Trafik

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu mabuk dipenjara, denda, cuba sogok Polis Trafik

(Gambar: Corrupt Practices Investigation Bureau)

Diterbitkan : 11 May 2022 08:22PM Dikemas Kini : 13 May 2022 05:26PM

SINGAPURA:Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Rabu (11 Mei) dan denda S$5,000 kerana cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai Polis Trafik dan bagi kesalahan trafik yang lain.

Krishna Rao Narisama Naidoo, 34 tahun, juga dilarang memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama 30 bulan.

Dia terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal dekat Pioneer Road pada 21 Nov 2021, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media.

Apabila Staf Sarjan Kanan Muhammad Azhar dan Sarjan (2) Firhan Abdul Rashid tiba di tempat kejadian, Krishna mengaku kepada Sarjan Firhan bahawa dia telah minum arak.

Dia menyelitkan nota S$5 kepada Sarjan Firhan dan memintanya "tolong bantu".

Pegawai tersebut terus menemu bualnya dan dia menjalani ujian pernafasan, tetapi gagal. Sarjan Firhan memeriksa Krishna dan bertindak menahannya.

"Semasa Krishna diperiksa, dia mengeluarkanwang kertas S$50 dari begnya dan menawarkan wang itu kepada Sarjan Firhan, sebagai dorongan untuk mengelak daripada menyiasatnya atas kesalahan lalu lintas," kata CPIB, sambil menambah bahawa Sarjan Firhan tidak menerima rasuah itu.

Kes tersebut dilaporkan kepada CPIB.

Krishna, seorang warga Malaysia, didakwa di mahkamah pada 16 Feb atas tuduhan rasuah. Selain itu, dia juga disabitkan kesalahan dan dihukum kerana memandu dalam keadaan mabuk dan memandu secara cuai sebagai pesalah yang serius.

"Singapura mengamalkan pendekatan tidak bertolak ansur yang ketat terhadap rasuah," kata CPIB.

Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan