Pemandu lori yang bergaduh dengan penunggang basikal didapati bersalah
Seorang pemandu lori yang dirakam terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pengayuh basikal didapati bersalah pada Selasa (17 Dis) kerana menyebabkan pengayuh basikal itu cedera.
Pemandu lori Teo Seng Tiong dan Encik Eric Cheung Hoyu. (Gambar-gambar: Rauf Khan, Roads.sg)
SINGAPURA: Seorang pemandu lori yang dirakam terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pengayuh basikal didapati bersalah pada Selasa (17 Dis) kerana menyebabkan pengayuh basikal itu cedera. Dia bertindak terburu-burunya serta gagal membuat aduan polis pada hari kemalangan itu.
Teo Seng Tiong, 58 tahun, mempertikaikan dakwaan-dakwaan tersebut, sambil berkata bahawa dia membelok kerana ingin mengelak terlanggar sebuah teksi dan tidak mencederakan penunggang basikal, Encik Eric Cheung Hoyu, seorang warga Britain, berusia 35 tahun.
Bagaimanapun, Hakim Daerah Chay Yuen Fatt berkata bahawa beliau sudah mempertimbangkan bukti dan mendapati bahawa pihak pendakwa sudah membuktikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Insiden itu berlaku di Pasir Ris Drive 3 menghala New Loyang Link pada 22 Dis tahun lalu.
Peguam Teo, Encik Chia Boon Teck berhujah semasa perbicaraan bahawa anak guamnya menghimpit ke sebelah kiri di mana penunggang itu berada, kerana dia terdengar bunyi hon dari sebelah kanannya. Dia berfikiran ia dari teksi yang berada di sebelahnya.
Encik Chia juga mendakwa "tiada sebarang pelanggaran berlaku antara lori itu dan basikal tersebut". Encik Cheung melompat dari basikalnya dan bergolek di bahu jalan.
Setelah insiden tersebut, klip video memaparkan perbalahan itu menjadi viral, dan satu petisyen dilancarkan secara online, menggesa polis trafik untuk mengembalikan lori Teo yang dirampas. Lebih 8,000 orang menandatangani petisyen tersebut.
Cheung didenda S$2,800 pada April kerana perbuatan nakal serta tidak berbasikal dengan selamat seperti yang diperlukan di bawah peraturan trafik.
Hakim tersebut menangguhkan rayuan meminta hukuman diringankan dan akan menjatuhkan hukuman pada tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.