Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori terperangkap sejam dalam nahas di Toh Guan Road

Dua lelaki dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan antara sebuah van dan lori di Toh Guan Road hari ini (21 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori terperangkap sejam dalam nahas di Toh Guan Road

Pemandu lori terperangkap sejam dalam nahas di Toh Guan Road. (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 21 May 2021 05:36PM Dikemas Kini : 21 May 2021 05:40PM

SINGAPURA: Dua lelaki dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan antara sebuah van dan lori di Toh Guan Road hari ini (21 Mei).

Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori tersebut terperangkap di dalam kenderaannya selama hampir sejam sementara para penyelamat dari Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) berusaha untuk melepaskannya.

Menurut SCDF pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada pukul 10.15 pagi berhubung satu nahas jalan raya, yang berlaku selepas persimpangan Toh Guan Road dan Toh Guan Road East.

Para penyelamat kecemasan dari Stesen Bomba Jurong dan Clementi segera dikerahkan ke tempat kejadian.

Bahagian depan lori itu remuk, menyebabkan pemandunya terhimpit di tempat duduk, dengan kedua-dua kaki "tersepit" dekat bahagian tekan minyak dan brek, menurut SCDF.

Bahagian depan lori remuk. (Photo: Facebook/SCDF)

Bahagian depan lori remuk. (Photo: Facebook/SCDF)

Pemandu van itu pula berupaya "keluar sendiri" dari kenderaannya dan sudah diperiksa oleh anggota paramedik sebelum dihantar ke Hospital Ng Teng Fong.

"Disebabkan operasi rumit itu, para penyelamat daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) juga dikerahkan ke tempat kejadian.

"Dalam keadaan sempit dalam lori itu, para penyelamat DART bergerak dengan penuh berhati-hati, menggunakan beberapa peralatan hidraulik untuk memotong bahagian kabin yang sudah remuk untuk mengeluarkan pemandu berkenaan. Seorang paramedik juga aktif memantau nadi-nadi penting pemandu itu sepanjang operasi menyelamat," menurut SCDF.

Keseluruhan operasi itu dijalankan hampir sejam lamanya. Pemandu lori itu berada dalam keadaan sedarkan diri sepanjang gerakan itu dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Menurut polis, kemalangan itu melibatkan dua pemandu lelaki, berusia 25 dan 26 tahun. Siasatan sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan