Pemandu lori terperangkap dalam kemalangan di Tuas
Seorang pemandu lori berusia 34 tahun diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa (28 Ogos) selepas terperangkap di dalam kenderaannya ekoran kemalangan antara lori tersebut dan sebuah treler.
SINGAPURA: Seorang pemandu lori berusia 34 tahun diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa (28 Ogos) selepas terperangkap di dalam kenderaannya ekoran kemalangan antara lori tersebut dan sebuah treler.
Kemalangan itu berlaku di simpang antara Tuas Avenue 8 dan Jalan Ahmad Ibrahim sekitar 2.30 petang, menurut SCDF.
Sebuah video tersebar online menunjukkan lori berwarna putih di tepi jalan dengan bahagian kabin lori yang rosak teruk.
Mediacorp difahamkan bahawa kedua-dua kenderaan berada di lorong yang sama apabila lori tersebut melanggar treler dari belakang.
Video itu menunjukkan para anggota SCDF sedang cuba menanggalkan pintu yang remuk di bahagian tempat pemandu lori.
Beliau terperangkap dan terpaksa diselamatkan oleh SCDF menggunakan alat hidraulik.
Seorang penumpang di dalam lori, lelaki berusia 25 tahun, mengalami kecederaan ringan.
Kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan kaki dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).
Polis sedang menjalankan siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.