Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori terlebih muatan dipenjara kerana elak pegawai, buang batu arang dari kenderaan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki yang memandu lori terlebih muatan dan cuba mengelak daripada pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dijatuhi hukuman penjara seminggu pada Rabu (12 Okt).

Chong Kong Pooi, 49 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan menghalang keadilan dengan membuang batu arang dari kenderaan yang dipandu dan satu lagi tuduhan enggan mematuhi arahan pegawai LTA untuk trak tersebut ditimbang.

Pegawai LTA itu memberitahu Chong bahawa lori itu terlebih muatan dan berkata ia perlu diiringi ke pusat pemeriksaan supaya dapat ditimbang. Chong tahu lori itu terlebih muatan, dan merayu kepada pegawai itu supaya dia tidak diiringi ke pusat pemeriksaan.

Dalam usaha untuk melarikan diri dari para pegawai, Chong melanggar isyarat lampu merah dan melakukan pusingan U secara haram. Seorang pegawai polis trafik membantu pegawai-pegawai LTA dan berjaya menghentikan Chong. Tiga lagi pegawai LTA tiba dan mereka mengiringi Chong menuju ke pusat pemeriksaan.


Namun, Chong enggan menandatangani borang kerana majikannya telah mengarahkannya sedemikian. Lori tersebut ditunda ke tempat letak kereta di pejabat Penguasa Pengangkutan Darat di Sin Ming. Satu nota diletakkan pada lori itu yang menyatakan siasatan sedang dilakukan oleh pihak LTA.


CHONG PULANG BERSAMA MAJIKAN MENCARI LORI

Pada malam tersebut, selepas pegawai LTA sudah pulang, Chong kembali bersama majikannya ke tempat letak kereta itu. Kedua-duanya memandu sekitar kawasan tersebut untuk mencari lori itu dan berjaya menjumpainya.

Atas arahan majikannya, Chong membuang tiga hingga empat tan batu arang dari lori tersebut supaya berat muatan adalah pada had yang dibenarkan.

Kes itu ditangani oleh pendakwa LTA dan Timbalan Pendakwa Raya. Timbalan Pendakwa Raya tersebut meminta hukuman penjara seminggu bagi tuduhan menghalang keadilan, dengan mengambil perhatian jumlah sumber penyiasatan yang disalurkan dalam kes tersebut.

Pendakwa LTA meminta hukuman penjara tiga hingga lima hari. Beliau berkata ia bukan kes yang biasa, namun ia merupakan di antara kes serius sejauh ini.


Peguam Chong meminta hukumannya dikurangkan, serta mengatakan kesalahan tersebut tidak dilakukan atas kepentingan diri kerana syarikat perlu bertanggungjawwab, sekiranya lori itu ditimbang dan didapati melebihi had muatannya.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan