Pemandu lori sampah dipenjara 6 bulan, langgar mati pengayuh basikal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang pemandu lori sampah yang gagal melihat seorang pengayuh basikal di lintasan zebra lalu melanggar mangsa yang berusia 60 tahun, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Atas perbuatannya itu, Rosli Bong Nor, 64 tahun, dihukum penjara enam bulan pada Isnin (18 Ogos) dan dilarang mendapatkan atau memiliki sebarang lesen memandu selama lapan tahun.
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kematian akibat memandu tanpa pertimbangan yang wajar terhadap pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kematian Lin Qunfeng, 60 tahun.
Mahkamah diberitahu bahawa Rosli adalah seorang pemandu lori sampah yang ditugaskan untuk mengumpul sampah dari kawasan yang ditetapkan.
Dia memandu sebuah kenderaan berat yang seberat 11,360 kilogram tanpa muatan dan 28,000 kilogram ketika ia sarat dengan muatan.
Pada 11 Februari tahun lalu, Rosli mula bertugas pada pukul 6.00 pagi dan mengumpul sampah di beberapa kawasan sebelum menuju ke tempat pelupusan sampah di Senoko.
Pada kira-kira pukul 9.50 pagi, Rosli sedang memandu di Woodlands Avenue 8 dan menuju ke laluan paling kiri, sebelum memasuki jalan susur keluar ke Admiralty Road West.
Sedang dia memandu di jalan susur keluar itu, dia gagal mengawasi jalan di sekelilingnya dan tidak melihat mangsa sedang berbasikal di lintasan zebra di jalan susur keluar yang berada di sebelah kiri Rosli.
Rosli bertembung dengan mangsa lalu melanggarnya.
Dia hanya menyedari kejadian yang berlaku selepas dia merasakan lorinya melanggar sesebuah objek.
Mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Seorang pejalan kaki berhenti untuk menghulurkan bantuan dan menghubungi ambulans dan polis.
Mangsa kemudian dibawa keluar daripada bahagian bawah lori berkenaan, namun dia sudah tidak mempunyai nadi dan tidak lagi bernafas.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.09 pagi.
Bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan pada kepala.
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara antara enam dengan lapan bulan dan larangan memandu selama lapan tahun.
Atas kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu tanpa pertimbangan yang wajar terhadap pengguna jalan raya lain, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.