Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori maut selepas terhumban ke laut di Terminal Keppel

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori maut selepas terhumban ke laut di Terminal Keppel

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Seorang pemandu lori pengangkut maut pada Selasa (31 Jan) selepas kenderaannya terjatuh ke dalam laut di Terminal Keppel.

Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) dalam satu kenyataan.

MPA menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada kira-kira 2.00 pagi Selasa. Sebuah kapal peronda segera dikerahkan untuk membantu dalam operasi menyelamat.

"Mayat pemandu tersebut ditemui dari lori berkenaan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)," dedah MPA.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik SCDF.

"Kejadian itu tidak menjejas pergerakan trafik di perairan pelabuhan kami," nyata MPA.

Siasatan sedang dijalankan.

Menjawab pertanyaan CNA, SCDF menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 1.45 pagi.

Setibanya di Terminal Keppel, sebuah treler dilihat di pinggir tambatan kapal. Lori terminal yang yang disangkut pada treler tersebut, terjatuh ke dalam laut dan tenggelam sepenuhnya.

Pengendali pelabuhan PSA membantu untuk menahan treler tersebut bagi memastikan ia tidak bergerak, sebelum para penyelam SCDF dikerah untuk menjalankan operasi mencari.

Menurut SCDF, penyelam-penyelam tersebut berjaya menemui mayat tersebut dari kabin kenderaan, pada kedalaman 14 meter.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai seorang lelaki berusia 44 tahun. Polis mendapati tiada unsur khianat dalam insiden berkenaan.

Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Tenaga Manusia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan