Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori kargo M'sia mula dapat vaksin COVID-19 di S'pura

Pemandu lori kargo dari Malaysia mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2021 08:59PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 09:53PM

SINGAPURA: Pemandu lori kargo dari Malaysia mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini (20 Mac).

Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang membawa masuk barangan keperluan ke negara ini.

Mediacorp difahamkan, terdapat pusat-pusat vaksinasi khas bagi mereka, iaitu di kawasan perindustrian Benoi Sector dan Sungei Kadut.

Kawasan di Joo Koon itu menempatkan tapak vaksinasi bagi pemandu lori kargo yang sering keluar masuk Malaysia ke Singapura.

Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 trak melakukan perjalanan sedemikian setiap hari.

Semasa kru Mediacorp ke tapak tersebut, sekitar lima trak kargo dilihat memasuki sebuah kemudahan.

Lebih banyak trak kelihatan di dalam perkarangannya, dengan pemandu dilihat meninggalkan kenderaan lalu memasuki kemudahan tersebut.

Pemandu yang ditemui Mediacorp berharap, langkah menjalani vaksinasi, akan dapat mengurangkan kesesakan di Koswe.

"Insya-Allah mudah-mudahan benda ni berubahlah. Daripada dua tiga jam, mungkin boleh kuranglah. Satu jam," kata Encik Jamal, seorang pemandu trak kargo dari Malaysia.

Buat masa ini, semua pemandu yang memasuki Singapura perlu menjalani ujian pantas antigen setibanya di sini.

Hasil ujian lazimnya mengambil masa 30 minit.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan awal minggu ini menyatakan, pemandu yang mengambil kedua-dua dos vaksin di Singapura, akan mendapat sijil imunisasi.

Mereka kemudian akan dikecualikan daripada menjalani ujian dua minggu selepas itu.

Namun, pemandu mungkin diuji di pusat pemeriksaan darat Singapura dari masa ke masa.

Mereka yang tidak menjalani vaksinasi boleh tetap memasuki Singapura, tetapi mereka tertakluk kepada langkah-langkah seperti ujian COVID-19 setibanya di sini.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan