Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori ditahan selepas kren jatuh di Balestier Road

Seorang pemandu lori ditahan selepas kren yang dipunggah jatuh di Balestier Road pada Jumaat (4 Jun), menyebabkan jalan raya terpaksa ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori ditahan selepas kren jatuh di Balestier Road

Gambar: Watson Wong

Diterbitkan : 04 Jun 2021 07:35PM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 07:38PM

SINGAPURA: Seorang pemandu lori ditahan selepas kren yang dipunggah jatuh di Balestier Road pada Jumaat (4 Jun), menyebabkan jalan raya terpaksa ditutup.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden di Balestier Road menuju ke Lavender Street sekitar 10.30 pagi tadi.

Pemandu tersebut, lelaki berusia 37 tahun, kemudian ditahan kerana memandu kenderaan berat dengan ketinggian melepasi had 4.5 meter tanpa pengiring, kata polis.

Gambar: Ben Poon

Siasatan sedang dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang individu cedera ringan dan tidak mahu dihantar ke hospital.

Dalam satu catatan Twitter pada sekitar 10.40 pagi tadi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa Balestier Road, selepas Jalan Ampas, ditutup disebabkan satu kemalangan.

Gambar insiden itu menunjukkan kren tersebut menghadang seluruh jalan raya. Kren yang rosak itu dilihat menyekat tiga lorong jalan raya di bawah jejantas dengan had pelepasan 4.5 meter.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan