Pemandu lori disiasat; plat besi jatuh dari kenderaan dekat KPE
Anggaran Waktu Membaca:

Indisen di laluan masuk KPE pada 24 Okt 2022. (Gambar: Facebook/Raven Qiu, pembaca Mediacorp)
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat seorang pemandu lori selepas plat-plat besi jatuh dari kenderaan itu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan masuk Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) pada Isnin (24 Okt).
Trafik di jalan susur masuk ke ekspreswe itu dihalang plat-plat besi itu, sekali gus menyebabkan kesesakan selama 30 minit, menurut jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kepada Mediacorp pada Jumaat (28 Okt).
LTA dimaklumkan tentang insiden di laluan masuk Nicoll Highway ke KPE itu yang menghala ke Ekspreswe Tampines pada sekitar 4.45 petang pada Isnin.
Khidmat pemulihan kenderaan dan pegawai trafik LTA dikerahkan untuk menyiasat, dan mereka mendapati plat-plat besi itu menyukarkan kenderaan untuk melalui jalan raya itu.
Susur masuk itu segera ditutup dan kenderaan diarah bergerak dari kawasan tersebut, tambah jurucakap itu.
"Penilaian awal menunjukkan plat-plat besi itu mungkin terjatuh dari sebuah lori dan ini disahkan apabila pemandu lori itu kemudian kembali ke tempat kejadian dengan peralatannya untuk mengangkat plat-plat besi berkenaan," jelas jurucakap tersebut.
Rakaman insiden yang disebarkan online menunjukkan barisan panjang kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan di susur masuk itu.
Gambar-gambar di media sosial pula menunjukkan beberapa plat besi di jalan raya, yang menghalang pergerakan kenderaan.
Susur masuk itu ditutup sekitar tujuh jam bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan pada permukaan jalan raya itu.
Ia dibuka semula kepada trafik pada tengah malam selepas kerja-kerja meratakan permukaan jalan raya selesai.
"LTA mahu mengambil peluang ini untuk mengingatkan pemandu kenderaan barangan supaya memeriksa bahawa muatan mereka dibawa dalam keadaan betul sebelum mereka bergerak demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," kata jurucakap itu.
Polis menyatakan tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.