Skip to main content

Singapura

Pemandu lori dipenjara 4 minggu cuba sogok polis trafik

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 4 minggu pada Jumaat (21 Feb) kerana cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis trafik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori dipenjara 4 minggu cuba sogok polis trafik

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 21 Feb 2020 02:09PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 02:12PM

SINGAPURA: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 4 minggu pada Jumaat (21 Feb) kerana cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis trafik.

Dalam satu kenyataan media, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan bahawa Teo Teck Yong, 62 tahun, menyogok Sgt Shivasuria pada Ogos 2019.

Pada 18 Ogos 2019, Sgt Shivasuria terlihat Teo memandu lori tanpa memakai tali pinggang keledar dan mengarahkan Teo menghentikan kenderaannya.

Teo kemudian "berkali-kali menawarkan" S$100 kepada Sgt Shivasuria supaya tidak mengenakan saman terhadapnya.Bagaimanapun tawaran Teo ditolak Sgt Shivasuria yang melaporkannya kepada CPIB.

Teo didakwa di mahkamah pada 27 Nov 2019, di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$100,000, atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita