Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori didakwa bantu pasangan larikan diri dari S'pura setelah gagal hantar barangan mewah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemandu lori didakwa kerana cuba membantu seorang lelaki melarikan diri dari Singapura setelah dipercayai gagal untuk menghantar barangan mewah kepada pelanggannya.

Mohamed Alias, 40 tahun, didakwa hari ini (22 Jul) kerana membantu seorang lelaki Singapura meninggalkan negara dengan membenarkannya bersembunyi di kompartmen kontena lori dengan nombor pendaftaran Malaysia - JUH 7245.

Pada Jumaat lalu (15 Jul), pemandu Malaysia itu juga didakwa kerana membantu isteri lelaki berkenaan, iaitu seorang wanita Thailand, meninggalkan Singapura melalui cara yang sama.

Pasangan yang melarikan diri itu, warga Singapura Pi Jiapeng, 26 tahun, dan warga Thailand Pansuk Siriwipa, 27 tahun, dituduh menipu mangsa yang sudah membuat bayaran pendahuluan bagi jam tangan mewah dan beg berjenama.

Waran tangkap dan notis merah Interpol sudah dikeluarkan terhadap pasangan itu setelah sekurang-kurangnya 180 aduan melibatkan dua syarikat, Tradenation dan Tradeluxury, dibuat kepada pihak polis dari Jun.
Pemandu lori itu dipercayai memandu kenderaan yang menyembunyikan pasangan tersebut sekitar pukul 7.25 malam 4 Julai di bahagian pelepasan kargo di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Hukuman bagi kesalahan ini adalah penjara antara enam bulan dengan dua tahun, dan denda sehingga S$6,000.

Polis sebelum ini mendedahkan bahawa Pi diberkas pada 27 Jun kerana disyaki terbabit dalam kesalahan menipu. Pasportnya disita dan dia diikat jamin pada 28 Jun, sementara menanti siasatan selesai.

Pansuk Siriwipa juga sedang membantu polis dengan siasatan dan menyerahkan pasportnya kepada para pegawai pada 30 Jun. Kedua-duanya kemudian tidak boleh dihubungi.

Polis merayu orang ramai supaya menyerahkan maklumat mengenai pasangan yang menghilangkan diri itu.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan