Pemandu lelaki dipercayai gilis kaki pengawal keselamatan kondominium, aduan polis difailkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Union of Security Employees
SINGAPURA: Aduan polis sudah difailkan terhadap seorang lelaki yang dipercayai menggilis kaki seorang pengawal keselamatan kondominum, menurut Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) pada Khamis (14 Jul).
Dalam satu hantaran Facebook pada Khamis (14 Jul), kesatuan itu menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes kecederaan fizikal yang berlaku pada 17 Jun.
Kejadian itu melibatkan seorang pengawal keselamatan, Kavitha Sandresekeran yang bekerja di kondominium Skysuites 17 yang terletak di Jalan Rajah.
"Beliau menahan seorang pemandu di penghadang masuk kereta untuk memeriksa sama ada lelaki tersebut adalah seorang pelawat" menurut kesatuan itu.
"Pemandu kereta itu menekan hon beberapa kali dan menegaskan bahawa dia adalah seorang penduduk di sana meskipun kenderaannya tidak mempunyai transponder yang perlu ada bagi kenderaan berdaftar.”
Lelaki itu kemudian menggilis kaki kanan wanita berkenaaan ketika mangsa sedang mengenal pasti identitinya dan "terus memberikan kata-kata kasar" selepas berbuat
demikian.
"Aduan polis difailkan dan mangsa dihantarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan X-ray," menurut kesatuan itu.
"Mujur kecederaan itu tidak teruk dan mangsa kini dalam keadaan sihat dan sudah kembali bertugas.
USE menambah bahawa pihaknya sudah mengendalikan 21 kes penderaan tahun ini, berbanding sembilan kes tahun lalu.
USE juga menggalak pegawai keselamatan agar melaporkan kes penderaan melalui aplikasi mudah alihnya atau menghantarkan emel kepada kesatuan di use [at] ntuc.org.sg.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.